Tukar PDF ke Word?

Ada kawan tanya boleh ke tukar fail pdf ke word? Aku kata boleh. ‘Kata mana?’, dia tanya. Aku cakap pi la Kota Raya cari CD installer. Kat dalam internet pun melambak. Banyak laman web converter, yang free, free trial atau yang jual installer. Dia suruh aku cari dan ajar dia cara nak guna. Aku banyak kerja, bila godek-godek guna lebai google.. aku berjumpa dengan satu satu blog yang mencadangkan satu laman web untuk operasi tukar pdf ke word atau sebaliknya serta memberi panduan prosesnya. So aku bagi la link blog tu suruh dia baca.

Di sini aku letakkan tulisannya :

1. Buka http://www.pdfonline.com/

2. Klik “Conver PDF to Word”

3. Kemudian klik “Browse” untuk memilih fail PDF yang kau mahu tukarkan ke Word.

4. Kemudian, klik “Upload and Convert”. Kemudian tunggu. Berapa lama? Bergantung kepada saiz fail kau dan kelajuan internet.

5. Dah siap!

6. Kemudian, klik kanan pada “Right-click here” dan klik ” save link as”

7. Kemudian, save dalam komputer kau. Untuk pengetahuan kau, fail yang diberi adalah dalam format Winrar. Jadi, kau kena download dan install winrar di sini.

sumber