Tagged: UiTM Puncak Alam Commercial & Hostel RSS

  • linuxpro 3:02 pm on 09/06/2011 Permalink
    Tags: , , , UiTM Puncak Alam Commercial & Hostel   

    Puncak Alam semakin ke puncak 

    Beberapa posting aku sebelum ni ada menyentuh tentang Puncak Alam, bandar mati yang hidup semula. Talian hayatnya yang utama adalah UiTM Kampus Puncak Alam. Pembangunannya semakin rancak. Kalau anda masuk ke kawasan itu sekarang, pagar zink pembangunan sudah pun naik. Lori, jentolak, pekerja tanah seberang sudah masuk. Selain fasa 2 yang sudah bermula, projek khas VC juga akan mengisi ruang kehebatannya. Dalam salah satu posting tu aku ada sebutkan :

    Projek di Puncak Alam ni dinamakan ‘UiTM Puncak Alam Commercial & Hostel”. Sekarang korang jangan tanya lebai Google la, memang tak ada sebab projek ni belum tebuk bumi lagi. Projek ni ada dua fasa. Fasa satu merangkumi pembinaan 5 blok hostel pelajar dengan dikelilingi kawasan tasik dan rekreasi. Fasa dua melibatkan pembinaan kawasan blok perniagaan bertingkat, hotel dan beberapa infrastruktur lagi. Projek ni dilaksanakan secara private sector investment.

    Selain fizikal, kapasiti penghuninya juga semakin ramai. Biar aku bongkar satu rahsia, nah mulai dua minggu lepas, pelajar asasi di bawah JPA sudahpun mendaftar. Jumlah mereka bukan sedikit, lebih 5,000 orang. Menjadi satu konvensyen, semua mereka wajib tinggal di kolej. Itu pun tak cukup. Bila mereka kena tinggal di kolej, bagaimana pula dengan pelajar lain. Jawabnya, pelajar lain kena tinggal di luar. Itu belum dikira dengan pelajar ijazah yang hanya mula mendaftar awal September nanti. Bila tinggal di luar, sudah tentu rumah di sana menjadi rebutan. Akhirny, percayalah anda akan menyesal kerana tidak tangkap lot di sana tahun lepas, ya ketika harganya menjunam, rumah landed pun di bawah 50K.

    Aku pula juga sibuk. Dengan kekangan waktu, saban hari ada sahaja panggilan atau SMS yang masuk. Semuanya bertanyakan rumah subsale dan ramainya tentang rumah lelong. Ini angkara laman web rumah puncak alam aku yang tidak dikemaskini. Oleh itu, HP aku menjadi sasaran untuk mendapat listing terkini. Tapi aku orang yang suka membantu. Setiap email untuk mendapatkan listing rumah lelong terkini di Puncak Alam pasti aku jawab.

    Untuk anda di luar sana, yang ingin mencuba di Puncak Alam, bolehlah meneliti listing terkini berikut. Mudah-mudah anda berkenan, mudah-mudahan hampa upah aku untuk bida. Cepat! Bulan September semakin hampir. Inilah masanya anda menjadi tuan. Ya, tuan rumah.

    Flat
    Auction Price : RM 48,600.00
    Land Area : 760 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : No. 3-6, Jasmin Fragaria, Jalan Residensi Warnasari 13/1, Section 13, 45010 Bandar Puncak Alam, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 58,500.00
    Land Area : 680 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. Cinta-03-03, Astana Alam 2, Jalan Astana 13/3, Section 13, Bandar Puncak Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor

    3 Bedroom Low Cost Flat
    Auction Price : RM 19,300.00
    Land Area : 650 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : Leasehold expiring on 20/9/2100 Restriction : No Info
    Location : Unit No. F-3-11, 3rd Floor, Block F, Rumah Pangsa Saujana Mawar, Jalan TAJ 1/1, Taman Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    2 Storey Terrace House
    Auction Price : RM 139,500.00
    Land Area : 1400 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : No. 9, Lorong Naluri Sukma 8/9, Seksyen 8, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 61,200.00
    Land Area : 720 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. Baiduri GR-09, Ground Floor, Block Baiduri, Astana Alam 2, Jalan Astana 13/3, Section 13, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 43,800.00
    Land Area : 680 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : No. Jentayu 4-19, Tingkat 4, Block Astana Jentayu, Astana Alam 1, Jalan Astana, 13/3, Seksyen 13, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 55,000.00
    Land Area : 680 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. 02-15, 2nd Floor, Block Alpinia Abadi, Residensi Warnasari 2, Jalan Warnasari 13/1, 42300 Puncak Alam, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 70,000.00
    Land Area : 760 sq.ft Auction Date : 2011-06-11
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. Gemalai 01-13, 1st Floor, Block Gemalai, Astana Alam 2, Jalan Astana 13/3, Section 13, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    1 Storey Terraced House – End Lot
    Auction Price : RM 130,000.00
    Land Area : 1650 sq.ft Auction Date : 2011-06-14
    Tenure : Leasehold Restriction : No Info
    Location : No. 18, Lorong Mahkota Impian 2/32, Section 2, Bandar Puncak Alam, 42300, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 30,000.00
    Land Area : 720 sq.ft Auction Date : 2011-06-14
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. 04-32, Begonia Kristal, Jalan Residensi Warnasari 13/1, Bandar Puncak Alam, 45010 Kuala Selangor, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 65,000.00
    Land Area : 760 sq.ft Auction Date : 2011-06-14
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. Melur-03-03, Residensi Warnasari 2, Jalan Warnasari 13/1, Section 13, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 50,000.00
    Land Area : 760 sq.ft Auction Date : 2011-06-14
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. Kasuarina-03-33, Residensi Warnasari 2, Jalan Warnasari 13/1, Section 13, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    Intermediate 1 Storey Terrace House
    Auction Price : RM 76,950.00
    Land Area : 1300 sq.ft Auction Date : 2011-06-14
    Tenure : Leasehold expiring on 02-03-2097 Restriction : No Info
    Location : No. 6, Lorong Mahkota Impian 2/24C, Seksyen 2, Bandar Puncak Alam, 45010 Kuala Selangor, Selangor

    2 Storey Courtyard House
    Auction Price : RM 112,000.00
    Land Area : 1500 sq.ft Auction Date : 2011-06-15
    Tenure : Leasehold Restriction : No Info
    Location : No. 12, Lorong Lautan Samudera 9/15, Seksyen 9, Bandar Puncak Alam, 42300, Selangor

    3 Bedrooms Apartment
    Auction Price : RM 70,000.00
    Land Area : 720 sq.ft Auction Date : 2011-06-27
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : Unit No. Akasia 01-01, Residensi Warnasari 1, Jalan Residensi Warnasari 13/1, Section 13, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

    2 Storey Terrace House
    Auction Price : RM 280,000.00
    Land Area : 4900 sq.ft Auction Date : 2011-06-28
    Tenure : No Info Restriction : No Info
    Location : No. 7, Lorong Az-Zaharah 10/24, Bandar Puncak Alam, 42300, Selangor

    2 Storey Terrace House
    Auction Price : RM 150,000.00
    Land Area : 1400 sq.ft Auction Date : 2011-06-28
    Tenure : Leasehold Restriction : No Info
    Location : No. 15, Lorong Gugusan Alam 7/2, Section 7, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

     
  • linuxpro 12:15 pm on 14/02/2011 Permalink
    Tags: mcdonald, , UiTM Puncak Alam Commercial & Hostel   

    Menyambung cerita rahsia McDonald di Puncak Alam 

    Lokasi lokasi lokasi adalah zikir utama pemain hartanah. Lokasi yang strategik contohnya menjamin aliran tunai yang baik bagi seorang tuan rumah sewa. Anda tentu tidak mahu membeli rumah atau membuka Plant Nursery di Bukit Beruntung atau Serendah bukan! Walaupun anda tahu di situ rumah lelong murah berharga RM2K pun ada dan banyak pula kawasan hijau. Sebabnya, lokasi lokasi lokasi. Justeru, bila aku petik cerita Robert Kiyosaki dalam buku bestsellernya, ‘Rich Dad, Poor Dad’ dalam posting aku sebelum ni, aku sebenarnya nak cerita tentang lokasi Puncak Alam. Aku petik cerita buku tu begini terjemahannya :

    Pada tahun 1974, Ray Kroc, pengasas (syarikat) McDonald’s, diminta untuk bercakap dalam kelas MBA di University of Texas di Austin. Seorang teman baik saya, Keith Cunningham, adalah seorang mahasiswa dalam kelas MBA (itu). Setelah berbicara dengan hebat dan berinspiratif, kelas ditangguhkan dan pelajar bertanya Ray jika beliau hendak minum bersama di tempat lepak kegemaran mereka. Ray setuju.
    “Apa perniagaan saya?” Ray bertanya selepas mereka semua memegang minuman masing-masing.
    “Semua orang ketawa,” kata Keith. “Sebahagian besar mahasiswa MBA menyangka Ray hanya main-main.”
    Tidak ada yang menjawab, hingga Ray bertanya soalan lagi. “Perniagaan apa yang anda pikir aku jalankan?”
    Para mahasiswa tertawa lagi, dan akhirnya salah seorang berani berkata, “Ray, siapa di dunia yang tidak tahu bahawa anda dalam perniagaan hamburger.”
    Ray tergelak. “Itulah yang saya fikir anda akan katakan.” Dia berhenti sejenak kemudian lantas berkata, ‘Puan dan tuan-tuan, saya bukan dalam perniagaan hamburger. Perniagaan saya adalah hartanah.”

    Kaitannya dengan Puncak Alam begini, bulan Oktober tahun lepas, McDonald telah membuka cawangannya di tepi jalan utama Puncak Alam. Bila McDonald dibuka, itu tandanya kawasan itu memang berpotensi. Sebabnya, bisnes McDonald adalah hartanah. Sebelum satu-satu McDonald dibuka, mereka telah buat kajian lokasi, sebabnya ini memang bisnes mereka dan ‘bukannya hamburger’. Anda tentu tidak bertemu McDonald di atas Gunung Kinabalu bukan. Tentulah Puncak Alam tu ada sesuatu yang menarik unit khas kajian mereka. Setelah 4 bulan, hari ni ternyata telahan itu benar. Kajian mereka memang tepat.

    Sebelum tu, anda tentu mendapat gambaran tentang perumahan di Puncak Alam. Projek gajah putih, rumah banyak dilelong, ramai tidak diami dan bagai-bagai lagi. Namun, ia berubah serta-merta sejak UiTM Puncak Alam dibuka sesi semester Januari 2010. Itupun baru fasa 1 yang melibatkan tiga fakulti – belum dikira fasa 2 melibatkan 7 fakulti dan kemungkinan sebuah hospital perantis. Puncak Alam kemudian terus meletop bila McDonald dibuka. Tanyalah kaki lelong di Megan Avenue II tu, kalau dulu lelong RM30K tingkat bawah pun takdak orang sudi masuk, tapi sekarang RM60K tingkat atas pun dah biasa seronoknya para agen menerima pelanggan. ‘Lombong emas’, kata seorang ulat lelong pada aku.

    Sebenarnya aku nak cerita benda lain. Semalam ada seorang dan pagi tadi ada dua orang telefon aku. No hp aku depa kebas daripada web rumahpuncakalam.com. Semua tanya tentang rumah yang nak dibeli di Puncak Alam. Aku rasa diorang ni dah tahu tentang rahsia baru di sana. Ada kaitan dengan peluang. Peluang yang aku nak bocorkan, khasnya untuk pelabur hartanah. Begini, pagi Khamis lepas semua staf UiTM ada program khas, Amanat Tahun Baru boss kami. Hujung taklimat tu, kami ditontonkan dengan 2 projek baru UiTM. Projek mega, salah satunya di Puncak Alam. Satu lagi aku cerita lain kali di mana lokasinya, yang pasti sekitar Shah Alam.

    Projek di Puncak Alam ni dinamakan ‘UiTM Puncak Alam Commercial & Hostel”. Sekarang korang jangan tanya lebai Google la, memang tak ada sebab projek ni belum tebuk bumi lagi. Projek ni ada dua fasa. Fasa satu merangkumi pembinaan 5 blok hostel pelajar dengan dikelilingi kawasan tasik dan rekreasi. Fasa dua melibatkan pembinaan kawasan blok perniagaan bertingkat, hotel dan beberapa infrastruktur lagi. Projek ni dilaksanakan secara private sector investment. Soalnya, bagaimana peluang untuk otai hartanah? Korang jangan kata nak tangkap projek tu atau cuba-cuba nak jadi sub-con. Tak payah. Buat buang karan je. Tengok skop lain la. Skop tu ada, nanti kita cerita lain kali.

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel