Tagged: sewa rumah RSS

  • linuxpro 11:57 am on 04/07/2011 Permalink
    Tags: , , , sewa rumah, sub sale   

    Siapa kata Shah Alam tiada rumah subsale bawah 40K? 

    Shah Alam, terutama di pusatnya adalah kawasan rebutan. Nilai hartanahnya cukup tinggi. PKNS baru-baru ni melancarkan unit apartment di sebelah DEMC dengan harga serendah 225K. Itu hanyalah rumah tengok langit, kalau rumah tengok bumi, landed tentu harganya melayang tingginya.

    Memang di Shah Alam ada rumah yang harganya di bawah 40K. Tapi, semuanya rumah lelong. Kawasannya pula kurang strategik. Kaki rumah lelong tentu arif dengan Subang Hijauan, Utarid Section U5 atau Desa Latania, Section 36 yang harga cukup rendah. Itu belum dikira maintenan tertunggak yang terpaksa ditanggung pembeli, biasanya memang lebih 5K. Markup pula tak boleh. Penyewa tak ada. Market value jangan cerita la. Kalau tinggi, takkan rumah tu nak dilelong serendah 30K. Ringkas cerita, rumah subsale di Shah Alam dengan 50K ke bawah pun susah, apatah lagi 40K ke bawah.

    So bila aku berjumpa dengan sebuah rumah subsale ni dengan harga di bawah 40K di kawasan value sewaan tinggi, tentu ia adventure menyeronokkan. Walaupun apartment tingkat 3, tapi lokasinya di pintu masuk Putra Height sekitar kilang seksyen 28 membuatkan aku tidak perlu memikirkan tentang sewa. Belum letak signboard sewa, penyewa sendiri yang menyapa kita. Itu belum dikira rumah tu dah ada individual title, free hold dan bukan pula rumah PKNS.

    Dari segi puas, aku sangat puas hati dapat jumpa rumah begitu. Walaupun harga dan sewanya rendah, aku lebih melihat kepada peratusan SP vs MV. Tentu anda juga begitu kan kalau rumah yang market value 65K dapat dibeli dengah harga 39K je. Sewa pula RM400 mengikut kadar biasa. Waw! Boleh tahan juga markupnye ye. Boleh dibuat deposit ‘sasaran’ seterusnya. Itu kita cerita dalam posting lain lepas ini.

    Cerita tu dah selesai awal bulan lepas. Untuk bulan ni, sekarang sebelum Ramadhan insya Allah, aku sedang mengintai lokasi terbaik untuk open table. Ya, khas untuk geng sekapal di HH.

     
  • linuxpro 11:28 am on 02/12/2010 Permalink
    Tags: , , mudah, mudah.my, , seksyen u10, sewa rumah   

    Semalam, Aku Mula Jual / Sewa Rumahku di Alam Budiman 

    Bila aku buat posting untuk lelong rumah aku di Alam Budiman, ramai tak percaya. ‘Orang tidak waras sahaja yang mahu lepaskan hartanah bernilai itu’, kata kawanku. Hari ni, aku pula nak kata, ‘Orang tidak waras sahaja yang tak percaya aku mahu lepaskan hartanah bernilai itu’. Ya jualan dah mula pun!

    Alam Budiman begitu bernilai. Value tinggi, rumah cantik, design hebat, persekitaran hijau. Macam-macam baiknya Alam Budiman ni. Apapun, semalam aku telah buat satu posting di mudah.my. Nak sewa silakan, nak beli ahlan wasahlan. Percaya atau tak percaya, hampa boleh lihat iklan sewa atau jual aku dalam mudah.my dan teksnya seperti di bawah.


    Gambar rumahku sebelum diduduki (Sebelum renovation)

    Untuk SEWA atau BELI :
    Perumahan ’1st week Sold Out’ / fresh location :
    - built up : 2,160 sq. ft.
    - nice, british design style
    - 2 minutes to UiTM Puncak Perdana
    - 10 minutes to UiTM Puncak Alam
    - 10km to Gaint Sec 13/Tesco/Politeknik Shah Alam
    - 10 minutes to Shah Alam town, Meru & 15 minutes to Klang
    - connection to lebuh raya Gutrie, NKVE & Elite
    - rumah berdekatan tasik Alam Budiman
    - lengkap dewan orang ramai, surau, taman mainan setiap lorong
    - green environment

    Rumah yang telah dilakukan renovation (2009) – hampir RM 30,000
    - ciling plaster + lamp (RM 5,500)
    - dry kitchen, cabinet + elba kitchen (RM 5,500)
    - wet kichen + washing machine stand (RM 2,100)
    - grill (RM 3,800)
    - main bedroom set + wardrobe 10′x10′ (RM 3,900)
    - painting (RM 700)
    - linking porch (RM 300)
    - partition (RM 750)
    - add socket wiring, lamp & fan (RM 3,000)
    - others

    SEWA : RM 1,300 sebulan (deposit 1 + 1 , electric + air RM500.00)
    JUAL : RM 380,000 (2 % booking, 8 % sign S&P)

    First Come First Serve.. Kemasukan/Jualan segera!! Berminat/lihat rumah hubungi 012.931.9696 (owner)

     
  • linuxpro 6:12 pm on 05/11/2010 Permalink
    Tags: invest, location, lokasi hartanah, pelaburan hartanah, sewa rumah   

    Pelaburan hartanah : Location location location 

    Seorang sahabat tanya aku masa makan tengah hari kat Dwitasik sebelum Jumaat tadi, ‘Hang kalau beli rumah untuk invest nak beli rumah jenis mana?’ Maksud dia nak beli rumah teres ke, condo, apartment atau flat ke. Saudara aku ni nak cuba beli rumah untuk disewakan. Bagi aku semuanya itu perlu diketahui dan penting bagi seorang investor, sebab ada baik buruknya. Tak kira la rumah setinggan ke rumah banglo ke. Namun, apa yang lebih penting, aku nak ulang apa yang mentor hartanah Azizi Ali sebut, iaitu ada 3 ciri penting dalam pemilihan hartanah iaitu (1) Lokasi (2) Lokasi dan (3) Lokasi. Mudah cerita, lokasi di Bukit Bintang, Bangsar tentu terlebih baik dari Bukit Ber(tak?)untung atau kaki Gunung Jerai. ‘Mahal la bang kat tempat tu.’ Memang mahal sebab kat situ sewa dia pun mahal, penyewa pun ramai. Sewa bilik seluas tandas rumah kita pun dah boleh mencecah 1K. Kalau kat kampung aku apek beli tanah RM2.00 sekaki psg tapi kat area KLCC dah mencecah 2K sekaki psg. Padan la sebab sewa 2 bulan dia dah boleh angkat Kancil sebiji. Memang ada rumah 10K 20K di pasaran. Nak percaya, menapaklah ke Megan Avenue II tu. Masalahnya rumah begitu siapa nak sewa? Dah beli murah, pastu hairan pula sebab apa tiada penyewa! Kadang-kadang nak bagi free untuk tolong jaga rumah pun takde sapa. Nak minta bangla tolong pun dia akan kata, ‘Ala bang, saya punya rumah untuk jaga pun sudah lebih jari tangan sama itu jari kaki.’

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel