Lebai Google kata ‘Israel is a terrorist state’! 

Israel adalah Nabi Yaakub menurut Bahasa Arab. Seperti yang diketahui, Abu Anbiya’ (Bapa Para Nabi), iaitu Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan Hajar dan Sarah. Melalui perkahwinan dengan Hajar, Nabi Ismail telah dilahirkan dan daripada keturunannya lahirlah bangsa Arab. Dengan Sarah, lahirlah Nabi Ishak dan daripada keturunannya lahirlah Nabi Yaakub (Israel). Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak termasuklah Nabi Yusuf. Keturunan anak-anak ini dipanggil dengan nama Bani Israel (Anak-anak Nabi Yaakub). Sejarahnya panjang hingga muncul penggunaan istilah Yahudi pada zaman Nabi Musa. Sejarah ini berlarutan hingga kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah dan bangunnya gerakan Zionis di kalangan sekelompok Yahudi untuk menubuhkan Israel Raya.

Walaupun Israel ini berjaya ditubuhkan, namun umat Islam tidak mengiktiraf negara haram itu. Malah, Lebai Google pun bersetuju dengan kita. ‘Israel is a terrorist state’ katanya. Anda boleh cuba sendiri bertanya kepada Lebai Google!

p/s Semua Yahudi adalah Bani Israel; Bukan semua Bani Israel adalah Yahudi; Bukan semua Yahudi adalah Zionis.