Bila Aku Angkat Pad Bidaan Rumah Lelong.. 

Jumaat lepas, tuanbri kata kat aku, ‘Pi la tengok rumah tu!’ Walaupun dah banyak kali pergi, petang tadi aku menapak lagi ke sana. Notis awal nak bersama abangensem. Tapi, takdir dan SMSnya menentukan otai yang ada rahsia hartanah tu ada urusan kecemasan, jadi aku ajak anak bini aku sebagai ganti. Letih mulanya nak pergi sebab aku dah hadir satu seminar di ISS Setiawangsa lepas subuh sampai jam 2 petang. Namun, teruja untuk ‘check’ beberapa rumah lelong, aku paksa diri gak. Dalam tiga jam lebih sempat gak aku panjat naik turun beberapa rumah. Juga sempat buat permintaan abangensem untuk survey studies dan letak cap mohor kat 7-11. Dah dapat sasaran, tuanbri dimaklumkan. ‘Line clear’ tapi masa dah suntuk. Menelusuri ingatan dan tips serta panduan dan pedoman beli rumah lelong sebelum ini memang membantu. Insya Allah kosnya tiada masalah, persiapan dimaksimakan.