Tagged: isu islam RSS

  • linuxpro 12:59 pm on 23/05/2011 Permalink
    Tags: download, download percuma, ebook Islam, Fiqh Bukan Islam, Halal Foods, Isu Babi, isu islam, , Perbandingan Agama   

    Download percuma kertas kerja perbincangan isu-isu Islam 

    Kat aku ada banyak kertas kerja. Soft copy ada hard copy pun ada. Banyak-banyak tu bukan aku yang tulis. Orang lain, tapi bukan orang biasa. Biasanya aku himpun artikel yang berakademik dan berisu sensitif. Sumber aku biasanya di seminar-seminar yang aku sertai yang di’pdf’kan dan source internet yang aku cari utk isu-isu tertentu. Bila difikirkan, antara tempat terbaik untuk simpan kertas kerja ini adalah diinternet. Selain mudah bagi aku, orang lain pun boleh manfaatkannya.

    Justeru, minggu lepas aku dah upload beberapa kertas kerja untuk perkongsian bersama di website aku. Untuk permulaan aku kategorikan kertas kerja tu kepada Kewangan Islam, Halal Foods & Isu Babi dan Fiqh Bukan Islam & Perbandingan Agama. Kategori lain, lepas ni la bila aku ada ruang masa. Kalau sapa-sapa berminat nak baca atau download secara percuma, hampa pi download di website aku.

    Sapa-sapa nak berkongsi kertas kerja atau link url perbincangan ilmiah isu-isu Islam bolehlah email kat aku.

     
  • linuxpro 4:04 pm on 16/02/2011 Permalink
    Tags: isu islam, maulud nabi   

    Jangan dok ‘kencing’ masa sambut Maulud Nabi 

    Semalam Maulud Nabi SAW. Sambutannya di Malaysia 12 Rabiul Awwal. Tarikh kelahiran Nabi SAW bukan suatu yang pasti, bukan sabit. Namun, tanggal 12 ni agak popular dalam dunia Islam dan wajib bercuti di Malaysia. Dari segi akademik, sebenarnya tarikh 9 Rabiul Awwal adalah lebih kuat dan pendapat lebih ramai intelektual dan ulamak salaf dan khalaf. 12 Rabiul Awwal kurang kuat, tapi popular mungkin kerana dipopularkan oleh riwayat Ibn Ishaq. Mungkin kita lebih rapat dengan Sirah Ibn Hisyam, justeru tarikh ini diguna pakai.

    Huruf 12 juga mungkin juga ada pengaruh Syiah, aliran yang dipegang oleh Ibn Ishaq sendiri. 12 merujuk kepada 12 imam yang diwala’ oleh Syiah Imamiyah. Tidak pelik sebab dalam masyarakat kita pun kita ada ‘Tongkat Ali’ dan ‘Kacip Fatimah’, mungkin merujuk kepada Saidina Ali yang menjadi imam pertama dan isterinya, Fatimah binti Muhammad SAW. Saya katakan mungkin, sebab mungkin juga nama kedua-dua ‘ubat kuat’ mengambil sempena sahaja keluarga Rasulullah SAW, dan bukannya ‘Tongkat Abu Bakar’ atau ‘Kacip Aisyah’.

    Sebenarnya aku bukan nak tekan soal tarikh di sini. Buatlah bila-bila masa pun. Tiada masalah kalau kita pencinta Rasulullah SAW. Yang aku nak tekankan adalah benarkan kita minat, ingat kepada Rasulullah SAW? Benarkah Rasulullah SAW pujaan kita? Adakah Rasulullah SAW idola kita?

    Aku kalau minat Metallica contohnya, akan beli semua album kumpulan Black Album tu. Gambar James Hetfield, Kirk Hammett, Jason Newsted dan Lars Ulrich akan hiasi bilik aku. Semua lagu The Unforgiven, Sad but True, Enter Sandman dan lain-lain aku hafal. Itu baru benar-benar Metallica adalah pujaan, benar-benar idola.

    Soalnya, kita macam mana. Adakah kita ikut suruhan Nabi SAW, larangan Baginda? Adakah al-Quran dan hadith menjadi hiasan dan pakaian kita. Berapa hadith, ayat yang kita dah beli, dah baca dan dah hafal? Bagaimana pula dengan sunnah Baginda – cara hidup, cara berniaga, cara berekonomi, cara berpolitik dan sebagainya. Kalau tidak dan belum mahu, jangan tipulah, kita jauh daripada cinta hakiki kepada Baginda SAW.

    Aku tertarik dengan klausa, ‘Jangan jadi penipu besar sambut sambut Maulid.’ Benar, ramai cuba jadi penipu. Dok ‘kencing’. Megah berarak, berselawat tapi hati jauh dengan Islam, jauh daripada Baginda SAW. Mahu dengan syafaat, tapi benci dengan syariat. Mudah-mudahan kita dijauhi malapetaka menjadi seorang penipu, lebih-lebih kepada Junjungan Besar kita, yang kita berselawat berpekik kita cintakannya pada hari cuti semalam.

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel