Gemalai AA2 4th Floor punya cerita.. 

Petang tadi aku pegi ke Puncak Alam. Janji dengan sorang tuan rumah di Gemalai, AA 2. Asal janji yang set melalui mudah.my tu jam 11.00 pagi tapi aku tak dapat sebab kena join taklimat site visit sekuriti komuniti. So tukar ke jam 6 petang. Lepas asar aku dah terpacak kat tingkat 4 type tu. Mula ingat tingkat 2 sebab no.nya 04-02 rupanya kena baca yang depan no. tingkat yang belakang no. rumah. Hajat aku sebenarnya nak buat satu projek dengan apartment tu. Sembang-sembang rupanya laki orang Arau bini orang Kuala Kedah. Sabit tu cakap kat telefon keluar loghat utara aja. Kira punya kira dia boleh bagi rumah ni. Dia kata RM350. 1+1 pastu hujung bulan bayar bulanan. Congak punya congak ok gak. Kalau projek jadi boleh la dapat dalam 300 sebulan. Cuma kena keluar modal sikit la nak urus benda-benda awal ni. Masalah juga sebenarnya, satu apartment tu jauh naik ke atas bukit sana. AA2 la katakan. Satu lagi tingkat 4. Jatuh la sikit saham. Time balik tadi dok fikir-fikir gak tadi. Jadi ke tak jadi. Ikut hati, terima aje, ala Eric Chia pun mati kat tingkat 30 apartment dia. Tingkat 30 beb, takat tingkat 4 tu biasa je.