Pelaburan hartanah : Location location location

Seorang sahabat tanya aku masa makan tengah hari kat Dwitasik sebelum Jumaat tadi, ‘Hang kalau beli rumah untuk invest nak beli rumah jenis mana?’ Maksud dia nak beli rumah teres ke, condo, apartment atau flat ke. Saudara aku ni nak cuba beli rumah untuk disewakan. Bagi aku semuanya itu perlu diketahui dan penting bagi seorang investor, sebab ada baik buruknya. Tak kira la rumah setinggan ke rumah banglo ke. Namun, apa yang lebih penting, aku nak ulang apa yang mentor hartanah Azizi Ali sebut, iaitu ada 3 ciri penting dalam pemilihan hartanah iaitu (1) Lokasi (2) Lokasi dan (3) Lokasi. Mudah cerita, lokasi di Bukit Bintang, Bangsar tentu terlebih baik dari Bukit Ber(tak?)untung atau kaki Gunung Jerai. ‘Mahal la bang kat tempat tu.’ Memang mahal sebab kat situ sewa dia pun mahal, penyewa pun ramai. Sewa bilik seluas tandas rumah kita pun dah boleh mencecah 1K. Kalau kat kampung aku apek beli tanah RM2.00 sekaki psg tapi kat area KLCC dah mencecah 2K sekaki psg. Padan la sebab sewa 2 bulan dia dah boleh angkat Kancil sebiji. Memang ada rumah 10K 20K di pasaran. Nak percaya, menapaklah ke Megan Avenue II tu. Masalahnya rumah begitu siapa nak sewa? Dah beli murah, pastu hairan pula sebab apa tiada penyewa! Kadang-kadang nak bagi free untuk tolong jaga rumah pun takde sapa. Nak minta bangla tolong pun dia akan kata, ‘Ala bang, saya punya rumah untuk jaga pun sudah lebih jari tangan sama itu jari kaki.’