Oksigen kerangka perundangan kewangan Islam yang bernafas dalam lumpur

Anda tentu pernah membaca atau mendengar kes-kes melibatkan kewangan Islam di negara kita. Itu belum dikira persoalan ‘Bank Islam mahal’, ‘Perbankan Islam zalim, menindas’, ‘Kewangan Islam juga riba’, ‘BLR, BFR sama saja’ dan sebagainya. Orang awam biasanya akan kata begitu. Namun, tidak ramai yang tahu hakikat sebenarnya sistem kewangan kita bak kata Awie & Wings ‘masih bernafas dalam lumpur’, dikepung oleh ‘jerangkung dalam almari’, oksigen tiada. Kita masih dibelenggu dengan ‘kehebatan’ sistem konvensional yang ada, ditambah dengan akta dan undang-undang sedia ada yang mengikat kaki dan tangan. Sistem perundangan yang ada kadang-kadang meletakkan kewangan Islam di kandang orang salah. Cuma aku cukup bersyukur dengan apa yang telah kita ada. Pada masa yang sama kita perlu gerakkan usaha dan daya untuk melakukan perubahan ke arah pemantapannya.

Justeru atas tekad yang sama, aku dengan dibantu oleh beberapa rakan di UiTM kini sedang menyiapkan satu kajian berkaitan kerangka sistem kewangan Islam dalam perundangan negara. Projek ini ditaja oleh Accounting Research Institute (ARI), sebuah HiCOE di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Objektif akhirnya adalah untuk memberi cadangan kepada pihak berwajib bagi memperkasa sistem kewangan Islam dalam konteks undang-undang negara supaya dapat berdiri sendiri dan bernafas dalam ruang lingkup Islam hakiki. Kajian ini agak penting demi survival kewangan Islam dan Mahkamah Shariah di negara kita. Abstrak kajian ini adalah seperti berikut :

The legal framework of the Islamic financial system in Malaysia is subjected to civil law. This is because the Federal Constitution which divides the jurisdiction of the civil and shari’ah matters is silent on whether the Shari’ah Court has the power to hear cases or disputes relating to Islamic finance. As such, numerous interpretations of the Civil Court in contractual and financial applications are given. Some of them conflict with the Shari’ah law and rather emphasise on the usage of the civil law. Henceforth, this study will be focusing on the results and interpretations of the Civil Court in cases of Islamic finance and banking. Furthermore, the authors recommend some amendments to the Constitution and relevant Acts, to strengthen the laws relating to Islamic finance and to enhance the role of the Shari’ah Court.

Sapa-sapa yang berminat boleh ikuti teks penuh revisi kajian ini dalam jurnal Malaysian Accounting Review, Special Issue Vol. 9 No. 2, 85-97, 2010 yang baru diedarkan awal tahun ini. Tajuknya ‘THE LEGAL FRAMEWORK OF THE ISLAMIC FINANCIAL SYSTEM : A STUDY ON THE CASES IN MALAYSIA’ dan linknya di sini. Ini hanya revisi sahaja, kajian penuh masih ada 16 bulan untuk disiapkan.