Minggu asyik kalah je..

auctionehsanAduh minggu ni asyik kalah aje. Mula-mula kat Ehsan lepas tu kat Ng Chan Mau, diikuti dengan Ehsan sekali lagi dan penutupnya semalam MBSB di NSTP. Semua lelongan rumah yang aku masuk ada la hamba Allah yang lebih berisi. Mujurlah kat TJR Jumaat hari yang mulia minggu lepas aku berjaya. Mula-mula rasa takde can sebab bidder pun ada 11 orang untuk satu lot tu. Last-last sorang-sorang mengalah. Tu pun nyaris-nyaris sebab gu lawan aku asyik naikkan tangannya je. Dari 30k apartment tingkat 4 di Jasmin Puncak Alam tu last-last naik sampai aku closed 51K. Market value dalam 70K. Sewa paling koman yang kosong pun dah RM450. Masa aku call tuan rumah sebelah apartment lelong tu tanya nak beli, dia kata dia nak jual 72K, paling rendah dia boleh bagi pun 70K. Comfirm 70K MV apartment tu macam yang TJR tulis dalam broser dia. Tapi agak malang sebab cukai taksiran dia agak tinggi. 2K lebih gak campur-campur air, api dan sedekah kat pemaju ada la dalam 4K gak. Masa turun kat tangga, aku cakap kat gi lawan tu, “Kalu abang angkat pad sekali lagi lepas 51K tu saya jamin akan letak pad saya terus.” Betul ka? Betul sebab mana-mana auction aku pi akan mati kat angka 1 di belakang. Hehehe. Macam semalam kat NSTP. Aku angkat last 61K untuk apartment GR Kasuarina. Amoi tu angkat 63K. Aku senyum dan lepas tu selamba aje angkat kaki ke meja urusetia tuntut balik bank draf aku.