Mengenali Simbol (Rumuz) dalam Karya Hadith

Seorang pencinta ilmu hadith mesti memahami simbol atau rumuz hadithiah. Ia merupakan suatu metodologi penulisan yang menarik, terutama bagi karya-karya yang menghimpunkan hadith daripada karya-karya utama hadith. Simbol bagi karya hadith biasanya berbentuk singkatan satu, dua atau beberapa huruf daripada nama penulis atau nama karya itu sendiri.

Simbol (rumuz) kepada sesebuah karya atau penulis juga suatu keistimewaan dalam tradisi kutub khanah Islam. Ia memberi perlambangan bahawa banyaknya karya ulama’ Islam dalam pelbagai bidang yang memerlukan suatu simbol untuk mengenalinya. Ia juga mencabar minda dan pengetahuan para pelajar untuk mengenali simbol tersebut dan seterusnya bertemu dengan siapa ulama’ yang dimaksudkan dan sandaran karya sebenar.

Bidang hadith dan fiqh merupakan dua bidang Islam yang sangat banyak menggunakan simbol bagai melambangkan seseorang tokoh atau karya. Sebagai contohnya ketika anda membaca karya fiqh al-Syafie, anda bertemu dengan simbol ‘??’ dan ‘??’. Jika anda tidak faham bahawa ia merujuk kepada ‘Syeikh Ibn Hajar al-Haithami’ dan ‘Syeikh al-Khatib al-Syirbini’, anda tentu tidak dapat mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan simbol tersebut.

Begitu juga dalam bidang hadith. Banyak tulisan ulama’ hadith menggunakan simbol bagi menggambarkan karya seseorang tokoh pengumpul hadith. Anda tentu pernah bertemu dengan istilah ‘Diriwayatkan oleh al-Sittah, al-Tis’ah, al-Muttafaq Alaih’ dan sebagainya. Justeru, kalau anda tidak memahami simbol tersebut, anda tentu tertanya-tanya siapakah dan karya manakah yang meriwayatkan hadith tersebut.

Namun, kadang-kadang maksud simbol untuk ulama’ fiqh dan hadith adalah berbeza. Sebagai contohnya, simbol ‘syaikhan’ dalam fiqh al-Syafie ialah Imam al-Rafie dan Imam al-Nawawi sedangkan dalam hadith bermaksud diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

Kita juga perlu memahami ulama’-ulama’ hadith menggunakan simbol yang berbeza dalam karya mereka. Walaupun begitu, kebanyakkannya adalah sama kecuali terdapat sedikit perbezaan bagi karya-karya tertentu. Untuk memudahkan anda, saya akan menyebutkan simbol-simbol karya hadith terutamanya yang digunakan oleh al-Suyuthi dalam al-Jami’ al-Saghir dan al-Jami’ al-Kabir, al-Munawi dalam Kunuz al-Haqaiq dan Ibn Hajar al-Asqalani dalam Bulugh al-Maram.

Untuk hadith yang diriwayatkan oleh lebih seorang pungumpul hadith, simbol yang digunakan adalah seperti berikut :

Karya yang dirujuk dengan simbol tokoh hadith di atas adalah al-Bukhari (maksudnya dalam Sahih al-Bukhari), Muslim (maksudnya dalam Sahih Muslim), Abu Dawud (maksudnya dalam Sunan Abi Dawud), al-Tirmidhi (maksudnya dalam Sunan al-Tirmidhi), al-Nasaie (maksudnya dalam Sunan al-Nasaie), Ibn Majah (maksudnya dalam Sunan Ibn Majah), Imam Ahmad (maksudnya dalam Musnad Imam Ahmad), Imam Malik (maksudnya dalam al-Muwatto’) dan al-Darimi (maksudnya dalam Sunan al-Darimi)

Simbol untuk hadith yang diriwayat dan dikumpulkan dalam karya seseorang tokoh hadith pula adalah seperti berikut :