McDonald’s Bagitau MBA Class: “Perniagaan kami adalah hartanah”!!

Siapa antara kita yang tidak pernah masuk McDonald’s? Kalau anda angkat tangan sebab sedang boikot, aku tidak percaya. Sekurang-kurangnya masa belum bersunat anda pernah menjamah walaupun sekeping burger telur yang dikongsi dengan kawan. Aku nak cerita tentang McD ni sebab ada orang tanya kenapa aku fokus dengan Puncak Alam. Ringkas aku jawab, ‘McD’. Ya, McD Puncak Alam dah dibuka pertengahan bulan lepas. Hasilnya banyak sekali, contohnya ulat-ulat hartanah lelong yang aku tengok kat Megan Avenue II saban minggu. So apa kaitannya McD dengan soal hartanah? Aku malas nak jawab, tapi aku telah minta Robert Kiyosaki untuk jawab. Dalam buku bestsellernya, ‘Rich Dad, Poor Dad’ beliau menceritakan :

In 1974, Ray Kroc, the founder of McDonald’s, was asked to speak to the MBA class at the University of Texas at Austin . A dear friend of mine, Keith Cunningham, was a student in that MBA class. After a powerful and inspiring talk, the class adjourned and the students asked Ray if he would join them at their favorite hangout to have a few beers. Ray graciously accepted.

“What business am I in?” Ray asked, once the group had all their beers in hand.

“Everyone laughed,” said Keith. “Most of the MBA students thought Ray was just fooling around.”

No one answered, so Ray asked the question again. “What business do you think I’m in?”

The students laughed again, and finally one brave soul yelled out, “Ray, who in the world does not know that you’re in the hamburger business.”

Ray chuckled. “That is what I thought you would say.” He paused and then quickly said, ‘ladies and gentlemen, I’m not in the hamburger business. My business is real estate.”

Pada tahun 1974, Ray Kroc, pengasas (syarikat) McDonald’s, diminta untuk bercakap dalam kelas MBA di University of Texas di Austin. Seorang teman baik saya, Keith Cunningham, adalah seorang mahasiswa dalam kelas MBA (itu). Setelah berbicara dengan hebat dan berinspiratif, kelas ditangguhkan dan pelajar bertanya Ray jika beliau hendak minum bersama di tempat lepak kegemaran mereka. Ray setuju.

“Apa perniagaan saya?” Ray bertanya selepas mereka semua memegang minuman masing-masing.

“Semua orang ketawa,” kata Keith. “Sebahagian besar mahasiswa MBA menyangka Ray hanya main-main.”

Tidak ada yang menjawab, hingga Ray bertanya soalan lagi. “Perniagaan apa yang anda pikir aku jalankan?”

Para mahasiswa tertawa lagi, dan akhirnya salah seorang berani berkata, “Ray, siapa di dunia yang tidak tahu bahawa anda dalam perniagaan hamburger.”

Ray tergelak. “Itulah yang saya pikir anda akan katakan.” Dia berhenti sejenak kemudian lantas berkata, ‘Puan dan tuan-tuan, saya bukan dalam perniagaan hamburger. Perniagaan saya adalah hartanah. ”

Apa sebab Ray berkata begitu? Ketika anda selesai membaca artikel ini, loceng kuiz telah dibunyikan. Anda boleh mula menjawab sekarang. Detik berjalan.