Lelong rumah Alam Budiman oleh Auctioneer Hj. Chin Soon

chinsoonbookAku tinggal di Alam Budiman, lokasi yang cantik, teratur dan ada property concept!. Jadi aku cukup gembira dengan telahan Hj. Ho Chin Soon. Siapa pula tuan hj. ni? Property invester biasanya kenal dengan beliau, property market analysis dan mapper Malaysia. Dalam buku mantra Location, Timing & Branding, beliau memilih Petaling Jaya sebagai Klang Valley Locational Center Gravity (LCG) – untungnya AMCorp Mall bagai kaabah di mata dunia. Pemilihan ini atas faktor Petaling Jaya terletak di pusat Lembah Klang. Begitu juga infrastruktur dan aksesibiliti telah berkembang pesat dan hampir sepenuhnya berkembang. gravitypropertyYang menarik, Alam Budiman berada dalam lapisan pertama, iaitu 15 km dari pusat gravitinya. Secara terus terang, asalnya aku beli rumah di AB yang aku inap sekarang adalah untuk investment. Bila ada kawan yang rumahnya sudah dijual dengan 350K lebih, aku jadi ralit. Rumah aku lak dulu aku beli dengan harga lebih mahal dari rumah kawan aku. Renovation habis lebih 30K lak. So adakah aku perlu menjualkannya? Tapi, bila memikirkan aku rasa selesa dengan rumah ini, aku rasionalkan kembali. Win-win situation. Camnilah, sapa nak beli rumah aku? Aku jual lelong. Sebabnya, harga lelong tidak pernah turun, asyik naik aja. Ok.. aku mulakan dengan reverse price 390K. Sebab apa? Sila tanya Hj. Ho Chin Soon. Jangan tanya aku sebab aku dalam bilik lelongan dan auction hammer panggilan ketiga belum diketuk lagi!