Kongsi download Pelan Perancangan Strategik Surau

Semasa aku menjadi Pengerusi Surau di taman aku, Alam Budiman aku ada merencanakan Pelan Perancangan Strategik yang mengandungi matlamat strategik, objektif kualiti, KPI, pelan tindakan, aktiviti dan sebagainya di surau sehingga 2013. Namun, aku sendiri tidak dapat meneruskannya kerana terpaksa mengundur diri. Justeru, aku berharap AJK yang ada diberikan kekuatan untuk melangsungkannya. ‘Tidak dapat semua, jangan ditinggalkan semua’. Untuk mana-mana surau atau masjid yang nak bina, rancang dan aplikasi perancangan strategik, bolehlah mengambil contoh yang aku dah buat ni dengan klik pada Pelan Perancangan Strategik Surau.