Kali ni Donald Trump Vs. President Barack Obama In 2012

Dalam posting Nak Undi ke Donald Trump Jadi Presiden 2012? seramai 8,842 telah membuat undian seperti yang aku catatkan seperti berikut :

Setakat tadi, 80% pengundi mahu Donald Trump masuk bertanding presiden sementara 72% lagi berikrar akan mengundinya dalam pelihanraya presiden 2012.

Hakikatnya, peratusan undian positif bagi Trump telah menurun hari demi hari hingga undian itu ditutup minggu lepas. Hari ini laman web tersebut telah mempamerkan keputusan undian tersebut seperti gambar di bawah. Hari ni juga laman web tersebut telah membuat satu lagu undian. Kali ini dengan lebih lantang dan jelas. Donald Trump Vs. President Barack Obama In 2012 – Who would you favor in the 2012 Presidential Election?. Tadi aku telah menjadi ‘pengundi’ yang ke 384 dan keputusan undian seperti gambar di sebelah kiri. Cuma soalnya, jika undian ini masih memihak Thump, adakah undi Republikan sendiri akan menyokongnya sebagai calon mereka sebelum menentang Obama, yang pasti dipilih sekali lagi oleh Democrates.