Kaedah Takhrij Hadith Melalui Komputer dan Internet

Takhrij hadith adalah suatu ilmu untuk menunjukkan asal usul tempat sesebuah hadith dalam sumbernya yang asal dengan sanadnya yang lengkap daripada pengarang hinggalah kepada Rasululah SAW serta menjelaskan klasifikasi darjatnya ketika diperlukan.

Bagi pelajar dan pengkaji hadith, ilmu ini wajib dipelajari lantas dapat memastikan sumber asal sesebuah hadith dan klasifikasi hadith tersebut sama ada sahih, daif atau maudhuk (rekaan). Ilmu ini sangat penting bagi memastikan sumber kedua selepas al-Quran ini benar-benar daripada Nabi SAW sementelah dapat menyahut seruan Baginda SAW : “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ulama’ hadith telah mengariskan beberapa kaedah untuk takhrij hadith. Antara mereka seperti Dr. Mahmud Tahhan (Usul al-Takhrij wa Dirasat al-Asanid), Dr. Walid ibn Hasan al-’Ani Manhaj Dirasat al-Asanid wa al-Hukm `Alayha : wa Yalihi Dirasat fi Takhrij al-Ahadith), Dr.`Abd al-Mahdi (Turuq Takhrij Hadith Rasulullah S.A.W) dan Dr. Muhammad Abu al-Layth (Takhrij al-Hadith Nash’atuhu Wa Manhajiyyatuhu)

Secara umum terdapat beberapa kaedah takhrij hadith yang digariskan itu, antaranya :
1. Takhrij melalui nama perawi hadith yang tertinggi daripada Sahabat
2. Takhrij melalui perkataan pertama matan hadith
3. Takhrij melalui perkataan daripada matan hadith (biasanya yang gharib dan jarang digunakan)
4. Takhrij melalui kandungan tajuk hadith
5. Takhrij melalui keadaan sifat matan dan sanad hadith (qudsi, mutawatir, daif dll)
6. Takhrij melalui pembacaan dan observasi yang teliti kepada karya hadith

Namun, ledakan teknologi maklumat telah menghasilkan dua lagi kaedah takhrij iaitu melalui kemudahan teknologi maklumat dan internet. Justeru, takhrij hadith kini semakin mudah dengan syarat pengguna mestilah mengetahui serba sedikit bahasa Arab bagi memudahkan proses interaksi dengan lafaz hadith dalam bahasa Arab. Dua kaedah takhrij hadith kontemporari tersebut adalah :

1. Takhrij melalui komputer dengan menggunakan software khas (seperti cakera padat al-Maktabah al-Syamailah dan Mausuah al-Hadith al-Syarif)
2. Takhrij melalui laman web di internet (seperti laman web http://www.dorar.net/enc/hadith dan http://hadith.al-islam.com)

Pengunaan kedua-dua kaedah tersebut sangat mudah. Silalah untuk mencubanya.

Najahudin Lateh
24 September 2012