Hari ni aku dapat android galaxy tab percuma

Aku ada beberapa research yang perlu disiapkan tahun ni. Alhamdulillah setakat tahun ni dah 2 research yang siap, ada 3 lagi sedang disiapkan. Satu yang dah siap adalah berkaitan transaksi Multi Level Marketing di internet, sama ada patuh syariah atau tidak. Semua research ada dana tajaannya. Agak menarik research MLM tu dananya boleh digunakan untuk membeli laptop. Setelah tilik-menilik, aku nak cari android, akhirnya aku orderlah samsung galaxy tab (tablet yang masuk kategori laptop). Nak tunggu Sony PS lambat. Setelah dua bulan proses, akhirnya tablet tu sampai kat aku pagi tadi. Nak beli sendiri tak dapat. Lani dok godek-godek la apa yang patut. Percuma beb.