CMS Website Cadangan Aku Untuk Korang Yang Berminat

‘Hang guna template apa laman web hartanahlelong tu’, ada 4 orang tanya aku. ‘opensource CMS Open Reality’, aku sms bagitau. Ada sorang tu tanya ‘Opensource CMS tu natang apa?’. ‘Tanya lebai Google’!, reply pendek aku.

Bagi aku CMS terbaik untuk bina laman web adalah Joomla!. Sebabnya Joomla! ada banyak support dan extention source untuk template, module, plugin atau componentnya. Cekap php coding lagi cantik. Boleh ubah dan share dengan orang lain. Kalau korang suka blog, yang terbaik bagi aku adalah wordpress. Blog aku ni aku guna wp. Banyak support dan widget yang menarik. Orang kita selalunya pakai blogspot. Ok juga tapi aku guna blogspot untuk web adsense saja sebab blogger.com ni kepunyaan Google. So kalau nak pasang adsense, baik guna blogspot free aje. Kalau wp free, Google memang tak bagi line punya, walaupun ada cara untuk atasinya.

Selain OS Joomla! (seperti najahudin.com) dan wordpress (blog.najahudin.com), aku pernah guna pelbagai OS lagi. Nak belajar pun mudah sebab sekarang dah ada nota dan video youtube yang boleh membantu. OS yang familiar dengan aku sejak 2004 adalah phpnuke (smtsa.net) dan phpfusion. Kredit untuk sifu aku dalam phpnuke, sir aniep dan tuan amin. Kalau sapa-sapa minat untuk buat laman web iklan, aku guna Rapid Classified macam kat iklan-free.com. Minat web hartanah boleh guna Open Realty seperti rumahpuncakalam.com gak. Selain tu, banyak gak OS yang aku guna tapi semua webnya dah tak aktif. Antaranya untuk Online Learning (Moodle), kedai online (Oscommerce dan Zen Cart), community forum (Simplemachines – penduduk taman aku pakai yang ni di alambudiman.net). Banyak lagi OS dalam pelbagai kategori web. Boleh la pergi tengok kat opensourcecms.

Tapi kalau malas belajar benda-benda coding aku, korang pakai aja yang free. Atau mudahnya maintain je pakai facebook tu.