Pra-Champions League MU vs Barca : Kisah aku dulu-dulu 

28hb ni berlaku pertarungan dua gergasi bola dunia Eropah. Piala Liga Juara-juara. Manchester United vs Barcelona. Dua-dua bekas penjajah kita, baru-baru ni juara lagi, satu di England, satu lagi di Sepanyol. Fanclub dua-dua cukup ramai. Aku tak tahu Restoran Hakim, Seksyen 7 nak bagi line kat fc mana nanti.

Bila tengok kegilaan peminat sudah semakin hampir, aku teringat pula zaman dulu-dulu. Cerita tentang bola, yang dulunya hanya warna tompok hitam putih. Sejak sebelum sekolah, aku cukup minat menonton bola. Sampai sekarang masih minat, main tak pandai. Tengok boleh, sepak belum tentu kena bola. Aku masih ingat dulu-dulu masa kecil aku tengok bola Inggeris di TV hitam putih. TV di rumah jiran yang boleh buka macam almari. Rumah aku dan rumah jiran-jiran yang lain takdak TV masa tu. TV lak siap sambung dengan bateri cas.

Bila masuk sekolah rendah, minat terhadap bola agak tinggi. Kalau di kampung memang aku adalah striker utama (Posisi rehat dan ‘curi ayam’? hehe). Dengan riaknya aku pernah wakili sekolah rendah jadi johan daerah Kubang Pasu masa tu. Posisi aku tak lain tak bukan di bangku simpananan. Hehe. Bila sentuh bab pasukan bola, kuasa media telah menjadikan Liga Inggeris sebagai fokus. Jadi masa tu aku hanya kenal dengan pasukan tu je. Lagi pun di sekolah aku memang dah dikenalkan dengan lagu London Bridge.

Pasukan pilihan aku masa tu adalah Liverpool. Setiap tahun jadi juara liga. MU masa tu pegang kad no. 2 aja. Chelsea jangan cakap la. Penghuni tetap tangga bawah Premier League, selalu satu kapal dengan QPR dan West Ham, selalu naik turun divisyen. Sejarah bagi fanatik The Blues yang perlu diketahui.

Pemain Liverpool yang aku cukup minat adalah Ian Rush, penyerang asal Wales. Walaupun aku juga minat Captain Marvel MU, Bryan Robson tapi sebagai penyerang, tentu aku lebih minat Rush berbanding midfield MU tu. Bila aku masuk sekolah menengah, Rush berpindah ke Juventus. Jadi aku pun berpindah team. Tidak lain tidak bukan tentunya pasukan Red Devils.

Malah, baju bola pertama yang aku beli adalah jersi MU. Cap Sadao sempadan Siam. Masa tu di tingkatan 2. Cukup hebat la time tu kalau pakai jersi Sharp depa. Liverpool kemudiannya terus lenyap dalam senarai pasukan aku. Masa tu aku ambil SPM. Sebabnya, The Reds time tu terima sponsor Carlsberg, syarikat arak. Sebelum tu pakai jersi Crown Paints dan kemudiannya Candy. Bila dah babit arak ni, takkan aku nak beli dan promosi benda haram kot. Jadi sanoyara untuk The Reds, sampailah hari ni. Bila sambung belajar, aku jadi peminat team Zamalek. Musuh ketatnya Ahly dan Hossam Hassan. Bab bola tok Arab ni kita sembang lain kali.

Kebetulannya masa Rush tinggalkan Liverpool, time tu tahun 1987, pasukan Kedah dalam Piala Malaysia mulai tengah naik. Aku terus masuk geng ‘Tok Moh’ di Stadium Darulaman. Seingat aku masuk final empat tahun berturut-turut 1987-1990. Tiga kali kalah dengan K.Lumpur, tapi tahun keempat, 1990 dapat gak julang piala. Orang bandar lawan orang kampung. Pengalaman mengalahkan semangat. Kata-kata itu menyebabkan Hasbullah Awang dimeluati penyokong Hijau Kuning, termasuk aku masa tu.

Bila ingat semangat Pulun Kedah Pulun masa tu, ada gak cerita yang kekal ingat sampai hari ni. Kisahnya, aku dulu ada sedikit nakal (sedikit je?). Masa tu aku tinggal di asrama. Aku jarang langgar peraturan asrama (betui ka?), tapi bab bola tak boleh tahan. Setiap malam Ahad kalau ada pertandingan di Stadium Darulaman, aku mesti keluar. Panjat pagar, termasuk pagar stadium. Masa tu stadium tu bukan macam sekarang. Dulu ada lubang masuknya. Aku antara yang tahu. Jadi Pak Syed, bos stadium masa tu memang tak pernah dapat pegang duit tiket aku.

Satu malam tu, aku keluar dengan 2 kawan. Bila balik, Subuhnya kawan-kawan lain dah sound, semalam ada ‘spotcheck’ dan kami tiga orang memang dah masuk senarai warden. Esoknya, kami dipanggil. Biasa la orang jujur, kami mengaku keluar tanpa izin. Apalagi, selang lima minit kemudian, kami disuruh tok tampi 100 kali. Sapa yang berhenti kena rotan. Selesai tok tampi kena pula cabut rumput sampai habis waktu sekolah. Time orang balik sekolah, semua tengok kami. Malu. Tu takpa lagi, yang teruknya mulai Subuh pagi esoknya aku terpaksa solat duduk. Kaki kejang dua hari.

Tapi aku tak kisah sangat sebab kerana sokongan kami, pasukan Kedah menjulang Piala Malaysia juga akhirnya. Kira Kenari kuat lani sebab sokongan kami dulu la. Hehe. Kalau hampa kenal dengan Yet, Kapten Kagat di MINDEF dan Azian, yang sekarang imam Masjid Falah, USJ 9, pergi tanya depa. Aku tak pasti depa sokong MU ke Barca. Aku tak pasti depa pi tak Wembley Sabtu ni.