Updates from July, 2011 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • linuxpro 11:57 am on 04/07/2011 Permalink
    Tags: , , , , sub sale   

    Siapa kata Shah Alam tiada rumah subsale bawah 40K? 

    Shah Alam, terutama di pusatnya adalah kawasan rebutan. Nilai hartanahnya cukup tinggi. PKNS baru-baru ni melancarkan unit apartment di sebelah DEMC dengan harga serendah 225K. Itu hanyalah rumah tengok langit, kalau rumah tengok bumi, landed tentu harganya melayang tingginya.

    Memang di Shah Alam ada rumah yang harganya di bawah 40K. Tapi, semuanya rumah lelong. Kawasannya pula kurang strategik. Kaki rumah lelong tentu arif dengan Subang Hijauan, Utarid Section U5 atau Desa Latania, Section 36 yang harga cukup rendah. Itu belum dikira maintenan tertunggak yang terpaksa ditanggung pembeli, biasanya memang lebih 5K. Markup pula tak boleh. Penyewa tak ada. Market value jangan cerita la. Kalau tinggi, takkan rumah tu nak dilelong serendah 30K. Ringkas cerita, rumah subsale di Shah Alam dengan 50K ke bawah pun susah, apatah lagi 40K ke bawah.

    So bila aku berjumpa dengan sebuah rumah subsale ni dengan harga di bawah 40K di kawasan value sewaan tinggi, tentu ia adventure menyeronokkan. Walaupun apartment tingkat 3, tapi lokasinya di pintu masuk Putra Height sekitar kilang seksyen 28 membuatkan aku tidak perlu memikirkan tentang sewa. Belum letak signboard sewa, penyewa sendiri yang menyapa kita. Itu belum dikira rumah tu dah ada individual title, free hold dan bukan pula rumah PKNS.

    Dari segi puas, aku sangat puas hati dapat jumpa rumah begitu. Walaupun harga dan sewanya rendah, aku lebih melihat kepada peratusan SP vs MV. Tentu anda juga begitu kan kalau rumah yang market value 65K dapat dibeli dengah harga 39K je. Sewa pula RM400 mengikut kadar biasa. Waw! Boleh tahan juga markupnye ye. Boleh dibuat deposit ‘sasaran’ seterusnya. Itu kita cerita dalam posting lain lepas ini.

    Cerita tu dah selesai awal bulan lepas. Untuk bulan ni, sekarang sebelum Ramadhan insya Allah, aku sedang mengintai lokasi terbaik untuk open table. Ya, khas untuk geng sekapal di HH.

     
  • linuxpro 2:27 pm on 21/12/2010 Permalink
    Tags: , , seksyen 15,   

    Rumah Sewa di Dataran Otomobil Shah 

    Apartmentku yang dibeli melalui lelongan awam seperti yag aku ceritakan sebelum ni kini sudah boleh diduduki. Ya, semalam aku telah masukkan iklan sewa dalam mudah.my seperti teks di bawah. Kos renovation tidak banyak. Hanya perlu keluarkan RM700 untuk grill sahaja. Kini, lot itu telah sedia menanti kedatangan penginap pertamanya. Calllah kalau berani!

    Appartment paling strategik di Shah Alam :
    - 1st floor for appartment (atas office) – Appt fasa 1
    - 3 bilik tidur + 2 bilik air
    - hadapan supermarket (mydin), belakang Speedmart99, bawah restoran Melayu
    - dekat jalan utama
    - 1 – 5 minit ke SACC Mall/Kompleks PKNS/Plaza Alam Sentral/Masjid Negeri/Tasik/i-City/DEMC/KPJ Selangor/Tesco/Gaints/Carrefour dll
    - 5 minit ke UiTM/Unisel/MSU/PTPL/CIAST/Politeknik Shah Alam
    - banyak kemudahan bersebelahan – Public Bank, Speedmart99, stesen minyak, Pusat AutoCity, Sebelah Nissan, Toyota Show room dll
    - berdekatan Stesen Komuter Shah Alam
    - berdekatan sekolah rendah, menengah, agama

    Partially furnished :
    - grill
    - lampu
    - kipas
    - meja makan
    - katil
    - rak pinggan

    Sewa RM930.00 sebulan
    Deposit 2 + 1 , deposit api + air RM400.00

    Boleh masuk segera untuk keluarga, pekerja atau pelajar. First Deposit First Serve.. Kemasukan segera!! Berminat hubungi 012.931.9696

     
  • linuxpro 9:40 am on 27/11/2010 Permalink
    Tags: , Kompleks PKNS, MSU, Plaza Alam Sentral, PTPL, public bank, sacc mall, , , Unisel   

    Dataran Otomobil Bakal Meletop di Shah Alam 

    Dua bulan lepas, satu hartanah yang aku jangka margin value tinggi dibuka di Shah Alam. Lokasinya cukup strategik. Betul-betul di tengah bandaraya Shah Alam. Ada apartment, office dan kedai. Itulah Dataran Otomobil (DO). Orang panggil Auto City, 2 minit dari SACC Mall, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral dan pelbagai isi kota metropolitan lagi. Tu belum kira kilang-kilang, UiTM, Unisel, MSU, PTPL, bank-bank dan selain di keliling-kelalangnya.

    Dulu masa mula-mula jual 2008, aku memang nak ambil apartment di sini tapi tak jadi sebab masa tu aku lebih suka cari yang landed. DO di bawah kedai, atas office dan dari tingkat dua sampai empat adalah apartment. Pembeli mana-mana type pun memang bertuah. Memang berbaloi. Contohnya apartment, dulu masa beli harga lebih kurang RM 115,000, ada banyak diskaun tapi sekarang dah main area RM 190,000. Tak percaya boleh tengok kat mudah.my atau iproperty. Atau tanya aja dengan lebai Google. Tingkat 4 pun dah cecah RM 185,000. So aku memang rugi sebab tak beli dulu.

    Namun, sejak dua bulan lepas aku memang monitor sebarang jual beli apartment di DO. Market aku pantau melalui internet dan telefon kepada agen yang bercambah nombor kat situ. Untuk acara lelong, sejak dibuka sampai hari ni ada tiga lot yang dilelong. Bulan lepas ada satu, bulan ni ada dua. Kes lelong sama, owner hilang lepas loan lulus. Apartment pertama lelong dengan reserve price RM 100,000 (tingkat 4), kedua RM 140,000 (tingkat 3) dan ketiga RM 100,000 (tingkat 2). Aku pun tak tau valuer mana RHB Bank tu pakai letak RP 100K, rendah sangat untuk 1st auction. Lelongan apartment pertama aku masuk bida. Ada 2 pembida aja. Akhirnya aku kalah bila pembida lawan aku angkat padle dia sampai RM 136K. Apartment kedua aku tak masuk. Dengarnya ada seorang pembida aja. Dia menang percuma.

    Apartment ketiga memang aku plan nak bida. Aku dah check valuer katanya lebih RM170K tapi dalam internet ada yang nak jual RM190. Tak kira yang penting reserve price bawah 45% gak. Sewa lak kalau tingkat 2 unfurnished memang dah 900K ke atas. Kalau sewa melalui agen untuk pekerja syarikat kilang kat area tu comfirm RM900. Lebih ROI 8% beb. So ringkas cerita memang kena fight untuk dapatkan lot tingkat 2 tu. Lebih cantik bila tengok dalam POS auction deposit 5% aje untuk RHB Bank. Aku dah study awal, harga final aku RM151K. Tinggi gak tu, dah lebih 50% RP tapi masih bertahan untungnya. Hutang mantainence, air api zero. Tapi ada satu lagi rahsia yang telah memaksa aku beli rumah tu. Rahsia tu aku citer lain kali. Memang berbaloi.

    Kebetulan pagi Jumaat sampai malam Sabtu aku punya jadual ketat. Meeting saja ada 5, pagi di tempat kerja, di Intekma, di Seksyen 15, lewat petang di Puncak Alam dan malam dengan persatuan penduduk taman. Aku dah susun jadual, lelong wajib pergi. Acaranya semalam jam 2.30 lepas Jumaat. Bila aku masuk auctioneer kat Brickfield tu, terkejut aku mak aiiii ramainya orang. Ulat pun ramai. Tapi ulat-ulat ni kenal aku, memang jenis tak leh makan punya. Tepat jam 3.00 petang, lelongan bermula satu ke satu lot. Lot DO tu last sekali. Rupanya pembida tak ramai, 3 orang je. Bila dilelong, 2 orang lawan aku tu asyik fight 1K ke 1K. Paddle aku kat bawah je. Biar dulu aku tengok orang bergaduh harga. Tapi bila dah sampai RM115K aku tengok lawan sorang tu dah mengalah. So aku pula mula angkat dan tak henti-henti paddle ke atas hinggalah lawan aku sorang tu pun lenguh tangan dan berhenti angkat pada RM126K.

    Petang tu aku balik bersama salinan kontrak. Aku pos dalam internet ads tentang apartment yang menang tadi. Aku tulis, sewa unfurnished 1 ribu, jual 200K. Teknik lapuk test market. Paling menarik sebelah malamnya, ada sorang hamba Allah call, ‘Encik, rumah kat otomobil tingkat 2 tu dah ada orang ker?’ Wah! Dah 1K, meletop ni!. [p/s : Teka apa aku jawab kat mamat tu?]

     
  • linuxpro 1:55 pm on 24/11/2010 Permalink
    Tags: jalan raja chulan, , ,   

    Pelanggaran Hukum Lelongan Rumah di Jalan Raja Chulan 

    Upacara lelong rumah ada pantang larangnya. Ada hukum-hakam kepada pemain. Antaranya disyorkan kurang enak membida rumah yang masih dihuni oleh owner. Kalau dihuni oleh penyewa atau hantu raya tiada masalah. Kalau dihuni penyewa lebih bagus sebab dia boleh sambung sewa terus dengan kita. Kalau dihuni hantu raya, Dr. Haron Din kan ada. Kalau dihuni oleh owner masalahnya bila owner tu jenis tak nak pindah. Jenis perongus atau bekeng. Contohnya jenis ‘Kalau nak ambik rumah aku langkah mayat aku dulu’ katanya sambil memegang pegang samurai. Kalau camni memang masalah besar. Yelah, orang dok kutip duit sebagai tuan rumah sewa, kita dok habis duit nak halau bekas tuan rumah sewa.

    Nak ceritanya, Selasa lepas ada lelongan awam kat Jalan Raja Chulan. Aku minat dengan satu lot kat Puncak Alam. 35% di bawah MV. Lelong kali ketujuh. So Sabtu sebelum, aku pergi la tinjau rumah tu. Mula-mula aku pergi pejabat pengurusan check maintenence. Wah sudah bagus, hutangnya sikit aje. Biasa rumah kat situ hutang maintenence dalam 3 – 4K. Tapi pelik gak sebab apa jadi camtu. So aku pergi la ke rumah nak dilelong tu. Lokasi cantik dekat dengan pintu utama. Dekat dengan pondok pengawal. Berdepan lak dengan sekolah kebangsaan baru yang akan dibuka tahun depan. Siap dengan grill lagi. Tapi pelik sebab aku tengok rumah tu ada penghuni. Aku belek dua tiga kali POS lelong tu betul ka. Ya comfirm betul.

    Aku ketuk pintu. Pintu dibuka. Rupanya India sekeluarga laki bini, anak dua orang sorang tingkatan 3 dan sorang darjah 4. Aku cool sembang dengan dia. Keluarga ni pun ok gak. Siap speaking mat saleh campuran lagi dengan aku. Rupanya memang betul rumah tu nak lelong. Macam-macam aku sembang. Layanan mulut depa cukup baik. Rumah tu tak bayar bank dah setahun sebab tok laki berhenti kerja sebelum ni. Tapi sekarang dah kerja. Bini pun kerja juga. Syok la no duduk free setahun rumah tu.

    Lastnya family tu setuju kalau aku bida rumah diorang. ‘Tapi kalau u menang, u mesti sewa kat kat i’. Depa nak sewa dengan aku. Aiii fikir panjang gak aku. Kalu hutang bank pun tak bayar, takkan sewa aku nanti yang sama dengan installment bank tu depa boleh bayar gak ka. Depa bagi jaminan bayar. Positifnya, kalau aku bida dan menang aku tak payah buat iklan, dah ada penyewa. Aku juga tak payah fikir tentang hutang maintenence, air api cukai tertunggak atau nak pasang grill dan lampu. Semua dah ada. Ikut biasa paling kurang jimat 7K tu. Lagi menarik, dia nak sewa mulai bulan depan. Aiyaa biar betul. Ni kes untung empat lima bulan awal kalau jadi. Yela rumah belum tukar nama loan belum beres, duit sewa orang dah nak hulur.

    Dua hari fikir. Fikir baik buruk. Tanya otai-otai hartanah. Keputusannya, aku setuju ke Jalan Raja Chulan Selasa. Lantas bila auction hammer diketuk tengah hari tu, aku diumumkan pemenangnya. ‘Sold’!

     
  • linuxpro 4:14 am on 06/11/2010 Permalink
    Tags: bank negara, Program Keupayaan Kewangan   

    Berita Menyedihkan Untuk Pelabur Hartanah? 

    Beli rumah spekulatif dikekang
    KUALA LUMPUR 3 Nov. – Para pembeli untuk pemilikan rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya, berkuatkuasa serta merta, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

    Bagaimanapun, kemudahan untuk pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan kekal seperti biasa, kata Bank Pusat dalam kenyataannya untuk mengumumkan pelaksanaan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) di sini.

    BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran harta benda supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.

    ”Di peringkat negara, harga harta kediaman didapati terus meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi negara dan kenaikan paras pendapatan,” katanya.

    BNM berkata, corak pertumbuhan pasaran secara amnya masih terkawal dan tidak menyimpang daripada segi jangka panjang.

    ”Namun, baru-baru ini, jumlah urus niaga dan harga rumah, khususnya di lokasi tertentu yang terletak di pusat bandar dan sekitarnya telah meningkat dengan lebih cepat.

    ”Perkembangan ini juga disebabkan oleh bertambahnya pembiayaan untuk pembelian beberapa unit rumah oleh seorang peminjam, lantas menunjukkan peningkatan aktiviti pelaburan bersifat spekulatif,” kata BNM.

    Katanya, pelaksanaan LTV untuk pembelian rumah ketiga dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan.

    ”Ia juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.

    ”Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara,” kata BNM

    Sementara itu, pengenalan Program Keupayaan Kewangan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan untuk menggalakkan pengurusan kewangan dan hutang yang kukuh oleh rakyat Malaysia.

    ”Selain itu, BNM juga ingin memperkenalkan Program Keupayaan Kewangan yang akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui cawangannya di seluruh negara bermula bulan Januari 2011.

    ”Program ini akan memperlengkap individu dengan pengetahuan penting supaya mampu membuat keputusan kewangan secara wajar melalui pemahaman praktikal serta kemahiran pengurusan wang dan hutang,” kata Bank Pusat itu.

    Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan isi rumah dan memastikan jumlah hutang adalah setara dengan kemampuan, termasuk keupayaan mereka menampung perubahan kadar faedah dan ketidaktentuan yang mungkin berlaku terhadap paras pendapatan dan perbelanjaan.

    Maklumat terperinci Program Keupayaan Kewangan ini akan diumumkan pada bulan Disember ini. [utusan]

     
  • linuxpro 6:12 pm on 05/11/2010 Permalink
    Tags: invest, location, lokasi hartanah, pelaburan hartanah,   

    Pelaburan hartanah : Location location location 

    Seorang sahabat tanya aku masa makan tengah hari kat Dwitasik sebelum Jumaat tadi, ‘Hang kalau beli rumah untuk invest nak beli rumah jenis mana?’ Maksud dia nak beli rumah teres ke, condo, apartment atau flat ke. Saudara aku ni nak cuba beli rumah untuk disewakan. Bagi aku semuanya itu perlu diketahui dan penting bagi seorang investor, sebab ada baik buruknya. Tak kira la rumah setinggan ke rumah banglo ke. Namun, apa yang lebih penting, aku nak ulang apa yang mentor hartanah Azizi Ali sebut, iaitu ada 3 ciri penting dalam pemilihan hartanah iaitu (1) Lokasi (2) Lokasi dan (3) Lokasi. Mudah cerita, lokasi di Bukit Bintang, Bangsar tentu terlebih baik dari Bukit Ber(tak?)untung atau kaki Gunung Jerai. ‘Mahal la bang kat tempat tu.’ Memang mahal sebab kat situ sewa dia pun mahal, penyewa pun ramai. Sewa bilik seluas tandas rumah kita pun dah boleh mencecah 1K. Kalau kat kampung aku apek beli tanah RM2.00 sekaki psg tapi kat area KLCC dah mencecah 2K sekaki psg. Padan la sebab sewa 2 bulan dia dah boleh angkat Kancil sebiji. Memang ada rumah 10K 20K di pasaran. Nak percaya, menapaklah ke Megan Avenue II tu. Masalahnya rumah begitu siapa nak sewa? Dah beli murah, pastu hairan pula sebab apa tiada penyewa! Kadang-kadang nak bagi free untuk tolong jaga rumah pun takde sapa. Nak minta bangla tolong pun dia akan kata, ‘Ala bang, saya punya rumah untuk jaga pun sudah lebih jari tangan sama itu jari kaki.’

     
  • linuxpro 12:53 am on 01/11/2010 Permalink
    Tags: gemalai, ,   

    Gemalai AA2 4th Floor punya cerita.. 

    Petang tadi aku pegi ke Puncak Alam. Janji dengan sorang tuan rumah di Gemalai, AA 2. Asal janji yang set melalui mudah.my tu jam 11.00 pagi tapi aku tak dapat sebab kena join taklimat site visit sekuriti komuniti. So tukar ke jam 6 petang. Lepas asar aku dah terpacak kat tingkat 4 type tu. Mula ingat tingkat 2 sebab no.nya 04-02 rupanya kena baca yang depan no. tingkat yang belakang no. rumah. Hajat aku sebenarnya nak buat satu projek dengan apartment tu. Sembang-sembang rupanya laki orang Arau bini orang Kuala Kedah. Sabit tu cakap kat telefon keluar loghat utara aja. Kira punya kira dia boleh bagi rumah ni. Dia kata RM350. 1+1 pastu hujung bulan bayar bulanan. Congak punya congak ok gak. Kalau projek jadi boleh la dapat dalam 300 sebulan. Cuma kena keluar modal sikit la nak urus benda-benda awal ni. Masalah juga sebenarnya, satu apartment tu jauh naik ke atas bukit sana. AA2 la katakan. Satu lagi tingkat 4. Jatuh la sikit saham. Time balik tadi dok fikir-fikir gak tadi. Jadi ke tak jadi. Ikut hati, terima aje, ala Eric Chia pun mati kat tingkat 30 apartment dia. Tingkat 30 beb, takat tingkat 4 tu biasa je.