Updates from May, 2011 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • linuxpro 12:59 pm on 23/05/2011 Permalink
    Tags: download, download percuma, ebook Islam, Fiqh Bukan Islam, Halal Foods, Isu Babi, , , Perbandingan Agama   

    Download percuma kertas kerja perbincangan isu-isu Islam 

    Kat aku ada banyak kertas kerja. Soft copy ada hard copy pun ada. Banyak-banyak tu bukan aku yang tulis. Orang lain, tapi bukan orang biasa. Biasanya aku himpun artikel yang berakademik dan berisu sensitif. Sumber aku biasanya di seminar-seminar yang aku sertai yang di’pdf’kan dan source internet yang aku cari utk isu-isu tertentu. Bila difikirkan, antara tempat terbaik untuk simpan kertas kerja ini adalah diinternet. Selain mudah bagi aku, orang lain pun boleh manfaatkannya.

    Justeru, minggu lepas aku dah upload beberapa kertas kerja untuk perkongsian bersama di website aku. Untuk permulaan aku kategorikan kertas kerja tu kepada Kewangan Islam, Halal Foods & Isu Babi dan Fiqh Bukan Islam & Perbandingan Agama. Kategori lain, lepas ni la bila aku ada ruang masa. Kalau sapa-sapa berminat nak baca atau download secara percuma, hampa pi download di website aku.

    Sapa-sapa nak berkongsi kertas kerja atau link url perbincangan ilmiah isu-isu Islam bolehlah email kat aku.

     
  • linuxpro 9:54 am on 18/02/2011 Permalink
    Tags: bahrain, iran, teluk parsi   

    Tidak pelik kalau Bahrain dahulu yang memberi salam 

    Seperti Malaysia, Bahrain adalah negara yang menjunjung Raja Berpelembagaan. Ketua negara dan ketua kerajaan dua entiti yang berlainan. Negaranya adalah pulau yang kecil 750km2, kecil sikit dari Perlis sahaja. Tapi nampak besar sebab kedudukannya yang strategik di Teluk Parsi. Nama Bahrain yang bermaksud ‘dua laut’ lebih diingati sebagai negara yang menjadi penempatan armada kelima tentera laut Amerika di Asia Barat. Selain di laluan keluar masuk minyak, Bahrain juga menghadap Iran, negara musuh utama Amerika sendiri.

    Penduduknya juga tidak ramai, hanya sekitar 1 juta orang, lebih kurang sama dengan mereka yang tinggal atas kubur di kota Kaherah. Tapi, politiknya agak menarik. Jika Lubnan istimewa kerana perlembagaannya menetapkan presiden ialah seorang Kristian, perdana menterinya Muslim-Sunni dan speaker parlimen seorang Muslim-Syiah, Bahrain pula istimewa kerana walaupun 70 peratus penduduknya mengikut aliran Syiah, tapi raja serta perdana menterinya adalah orang Sunni, keluarga diraja al-Khalifa sejak berkurun lama. Sama la dengan Sarawak, 6.7 peratus etnik Melanau di sana, tapi dapat jadi ketua menteri lebih 30 tahun, dulu Abdul Rahman Yaakob kemudian anak saudaranya Abdul Taib Mahmud.

    Bila ini keadaan struktur politiknya, bila berlaku sahaja kejayaan kebangkitan anak muda di Tunisia dan Mesir, tidak pelik jika ia marak menyala di Bahrain. Malah, media barat dengan mudah memanipulasi fakta tersebut dengan menyatakan kebangkitan aliran Syiah di Bahrain menentang Sunni. Mungkin betul, tapi ‘mood’ semasa dunia Arab adalah diktator perlu dijatuhkan. Tambah-tambah kalau diktator itu ialah anak emas yang dibela oleh Amerika sejak berzaman. Teluk Parsi adalah medan persaingan Amerika dan Iran. Bahrain satu-satunya negara paling strategik.

    Semalam lima kanak-kanak antara yang terbunuh pelengkap 15 orang. Protesnya 5 menteri kerajaan telah meletak jawatan. Walaupun tentera telah mengambil alih, kemarahan rakyat yang sedikit itu semakin meluap-luap. Tidak pelik, pagi Jumaat hari ni kita menilik mungkin Algeria, Yamen, Libya dan sebagainya muncul mengikuti Mesir dan Tunisia, tiba-tiba Bahrain yang terlebih dahulu memberi salam.

     
  • linuxpro 11:53 pm on 12/02/2011 Permalink
    Tags: algeria, ,   

    Teori Domino, bermula hari ni Algeria selepas Mesir 

    Teori domino melanda dunia Arab. Seperti dijangka Algeria, Yamen dan Jordon berada di rangking teratas. Algeria, negara tentera yang pernah campur tangan dan membatalkan kemenangan Abbas Madani dan FIS awal 1990-an dulu. Walaupun Algeria negara paling besar di utara Afrika, namun gerakan domino telah bermula tengah hari tadi. Aljazeera melaporkan seperti berikut :

    Algeria protesters break cordon
    Pro-democracy demonstrators, inspired by the Egyptian revolution, ignore official ban and march in the capital Algiers.
    Last Modified: 12 Feb 2011 05:25 GMT
    Algerian security forces and pro-democracy protesters are clashing, as demonstrations got underway in the capital Algiers on Saturday. At least 2,000 protestors were able to overcome a security cordon enforced around the capital’s May First Square, joining other demonstrators calling for reform. Earlier, thousands of police in riot gear were in position to stop the demonstrations that could mimic the uprising which forced out Egyptian President Hosni Mubarak. Security forces have closed all entrances to the capital and already arrested hundreds of protesters, sources told Al Jazeera. At the scene of the protests, blogger and activist, Elias Filali, said human right’s activists and syndicate members were among those arrested…

    “The timing is absolutely perfect. [Mubarak's departure] couldn’t have come at a better time,” Filali told Al Jazeera ahead of the protests. “This is a police state, just like the Egyptian regime [was],” Filali said, adding that Algeria’s government was “corrupt to the bone, based on electoral fraud, and repression”. “There is a lot of discontent among young people … the country is badly managed by a corrupt regime that does not want to listen,” he added…

    Other Arab countries have also felt the ripples from the revolts in Egypt and Tunisia. Jordan’s King Abdullah replaced his prime minister after protests. In Yemen, President Ali Abdullah Saleh promised opponents he would not seek a new term. The Bahraini government has also made several concessions in recent weeks, including promising higher social spending. Activists there have called for protests on February 14, the tenth anniversary of Bahrain’s constitution.

    [Sumber berita penuh]

     
  • linuxpro 10:51 am on 12/02/2011 Permalink
    Tags: , essam el erian,   

    Pasca Mubarak, jom kenali Dr. Essam El Erian 

    Siapa Dr. Essam El Erian? Akademiknya melambangkan batang tubuh setiap pimpinan Ikhwan al-Muslimin, gerakan Islam yang diharamkan lebih setengah kurun di Mesir. Seorang ahli Pathologi MSc Clinical Pathology dari Cairo University dan juga BA Undang-undang, berdaftar di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti al-Azhar. Beliau seorang yang kental, terbuka, dinamik dan mesra pelanggan. Sebab itu, Dr. Essam sejak dulu adalah jurucakap dan wakil bagi Ikhwan.

    Banyak kehebatan sejarah perjuangannya yang tersenarai. Salah satunya yang hebat adalah kawan-kawannya tidak dapat membilang berapa kali ditahan dan dipenjara di bawah rejim Hosni Mubarak. Banyak kali sangat tinggal di sebalik jeriji penjara. Hidup lama di dalam lebih kurang lama di luar. Hampir 10 tahun dalam sel kalau dicampur semua tempoh tahanannya. Penjaranya yang pertama ketika berumur 20-an pada zaman Anwar Sadat, Presiden Mesir sebelum Mubarak.

    Walaupun seorang yang sederhana dan bertoleransi, namun mungkin beliau seorang jurucakap media dan kolumis Ikhwan zaman Mubarak, dia ditahan banyak kali dan biasanya sebelum sesuatu pilihanraya diadakan. Yang hebatnya juga, kalau tidak ditahan, beliau akan menang dalam pilihanraya. Bagi Mubarak, lebih baik tinggal dalam jel daripada ganggunya di parlimen. Sebab itu Dr. Essam yang juga Ketua Biro Politik Ikhwan pernah menjadi ahli parlimen muda tahun 1984 dan 1987. Dia pernah ditahan dan dipenjara tahun 1978, 1981, 1985, 1995, 2002, 2005, 2006, 2007 dan yang terakhir hujung tahun lepas sebelum pilihanraya yang Mubarak menang dengan undi 99 peratus!! Hukuman Januari 1995 paling lama dan paling keras, diadili di Mahkamah Tentera (kali pertama orang awam diadili selepas 1965) atas tuduhan ingin mengubah perlembagaan, beliau dijatuhkan hukuman lima tahun dalam jel dengan kerja berat sebelum dibebaskan Januari 2000.

    61 tahun Ikhwan ingin ditamatkan riwayatnya. Ikhwan diharamkan. Penangkapan, penyeksaan, pembunuhan adalah wirid ke atas anggota Ikhwan. Allah Maha Agung. Kini, Mubarak sudah pergi tapi Ikhwan tetap steady. Hidup dan terus berkembang sampai saat ini. Terima kasih kepada Hassan al-Banna dan 6 orang sahabatnya, pendiri jamaah ini. Juga kepada 7 mursyidnya yang lalu. Pimpinan sekarang terus thabat dan insya Allah boleh mengisi ruang politik Mesir yang ditinggalkan. Antara mereka adalah potensi yang ada pada Dr. Essam El Erian.

     
  • linuxpro 12:57 pm on 06/02/2011 Permalink
    Tags: ,   

    Bila Amr Moussa berada di Medan Tahrir Jumaat lepas 

    Amru Musa, mat salleh panggil Amr Moussa. Namanya dibesar-besarkan oleh media barat kerana hadir dalam demontrasi di Medan Tahrir Jumaat lepas. Mungkin setelah gagal mengangkat Mohamed ElBaradei, media kini cuba pula mengangkat bekas Setiausaha Agung Liga Arab ini. Tapi mungkin anda tidak tahu, Amr Moussa ni lebih kurang macam Mubarak. Malah, dialah Menteri Luar Mesir kerajaan Mubarak 1991 – 2001. Mungkin orang dah lupa, tapi aku tidak lupa.. dialah kepala kepada Bill Clinton yang menganjurkan persidangan Sharm al-Syeikh Julai 2000 (1996 kali pertama di tempat yang sama) antara Presiden Palestin, Yasir Arafat dengan Presiden Israel, Ehud Barak. Perjanjian pelan damai persis resolusi Camp David 1978 ini telah menyebabkan ramai pemimpin Hamas Palestin ditangkap dan dibunuh hingga lahirnya Intifadhah Kedua hujung 2000. Amr Moussa adalah klon laki Suzanne Mubarak yang cuba berada di Tahrir Jumaat lepas. Tidak pelik kalau Mubarak yang menghantarnya. Media barat hanya menunggu untuk menjulangnya sebagai hero. Ya, hero terakhir menyelamatkan Mubarak dan regimnya.

    Baik Amr Moussa atau ElBaradei, kedua-duanya baik sikit daripada Naib Presiden Mesir yang baru dilantik Mubarak minggu lepas hasil syor Obama, Omar Suleiman, bekas ketua mabahis (SB) Mubarak dan dikatakan agen CIA kerana pernah mengikuti latihan biro Amerika itu.

     
  • linuxpro 5:40 pm on 02/02/2011 Permalink
    Tags: ,   

    Andaikata Suzanne Mubarak lari ke London, siapa kuasai Medan Tahrir? 

    Kini kita melihat beza Medan Tahrir semalam dengan 8 hari lepas. Ketika ramai seronok melihat Hosni Mubarak diganyang, tidak ramai yang pasti siapa pengantinya. Ramalan sebelum ini anak Mubarak sendiri, Jamal tapi Jamal dan Ala pun dah sampai ke London. Ironisnya, ramai yang tidak tahu yang menggerakkan demontrasi sejuta rakyat lepas Jumaat dan semalam adalah Ikhwan. Begitulah selalunya bau Islam akan hilang bila ada campur tangan Amerika dan koncu-koncunya. Lihat saja Abbas Madani, Ali Benhaj dan FIS yang diharamkan walaupun menang cara demokrasi Jun 1990 dulu.

    Terbukti belum apa-apa Israel sudah takut. Ya, pasti teringatkan Ramadhan War 17 Oktober 1973 (10 Ramadhan), bukankah jundullah Ikhwan yang berada di medan depan meruntuhkan kubu Bar Lev. Amerika juga bimbangkan Ikhwan. Mungkin merasa hayat kuasa suami Suzanne sudah hampir ke halkum, kini media barat mengangkat Mohamed ElBaradei, Pengarah International Atomic Energy Agency (IAEA) kendalian Amerika. Siapa dia ElBaradei dengan bumi Mesir? Aku setuju dengan kata-kata USA Today :

    Some Egyptians said they are skeptical of ElBaradei, who has said he may run for president, because he has lived for years outside the country and lacks a feel for the ordinary Egyptian.
    “He just came back to ride the wave of the people,” said Essam Abdul Qader, 64, an accountant.

    Di mana Ikhwan nanti? Aku kini menunggu kata-kata Dr. Mohamed Badei, Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan sahabat-sahabat Ikhwan. Siapa yang menguasai bumi kinanah nanti andai kata Suzanne sudah sampai ke London?. Tekalah sama ada American University yang letaknya di sebelah kiri Medan Tahrir atau Wisma Persekutuan Mesir di hadapan medan demonstrator itu?

     
  • linuxpro 9:41 am on 02/02/2011 Permalink
    Tags: ,   

    Ucapan Hosni Mubarak di TV Mesir pagi tadi 

    Jam 5 pagi tadi jam Malaysia, Hosni Mubarak memberi ucapan dalam televisyen Mesir. Antaranya dia sebut :

    “Saya tidak pernah mahu atau meminta menjadi pemimpin!.. Saya sebenarnya merancang untuk tidak menjadi calon lagi dalam pilihanraya presiden. Jadi saya tidak akan masuk untuk pilihan raya November!.. Hosni Mubarak yang bercakap dengan anda sekarang sangat bangga dengan apa yang telah ia lakukan selama 30 tahun!!”

    Hahaa… haakkkkkk tuiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! Cover line beb..

    demontrasi egypt

    Blogger tukartiub (isham) pula tulis :
    hosni mubarakHOSNI MUBARAK BUAT LAWAK DI TV MALAM TADI
    nota:
    lawak pertama malam tadi ialah
    merombak kabinet sekali lagi kah kah kah

    kemudian buat lawak lagi
    mubarak kata dia sebenarnya ada niat
    nak berhenti jadi mahafiraun pada bulan
    september ini. tapi tak bagi tahu sesiapa.
    kah kah kah – macam pernah dengar aje lawak ini.

    kemudian mahafiraun berkata yang dia tidak
    akan lagi bertanding di pilihanraya yang akan
    datang – cukuplah tujuh penggal kah kah kah

    nota:
    bila didengar oelh anak anak muda
    di tahrir square mereka tergolek dog
    ketawa kah kah kah

    slogan anak muda :
    kami tak pulang sahingga mubarak hilang!
    kami tak belah sehingga mubarak celah!
    hari ini hari akhir untuk mubarak!
    bai bai mubarak!
    saudi menunggu!

    nota:
    ke tahap ini dari laporan yang belum resmi
    300 warga mesit telah gugur. lebih dari 2000 cedera
    dan beribu lagi di tangkap.

    inilah hari hari akhir saekor mahafiraun

     
  • linuxpro 11:09 pm on 29/01/2011 Permalink
    Tags: ,   

    Sejenak bersama rejim Hosni Mubarak 

    Hari ni hari kelima kebangkitan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak dan kerajaannya. Aku tidak sangka ini berlaku. Berani betul anak-anak muda di sana. Aku masih ingat ketika belajar dulu, menyanggah Mubarak bermaksud melangkah sebelah kaki ke lubang penjara. Ya, bukan main-main. Aku ketika mula-mula sampai ke sana tahun 1993 dulu telah diingatkan oleh abang senior tentang isu keselamatan di sana. Sila berhati-hati. ‘Mabahis’ (SB kalau di Malaysia) ramai, jadi jangan cari fasal cakap pasal politik Mesir, pasal Mubarak. Tidak pelik kalau Mubarak berucap, orang menyatakan separuh yang memenuhi dewan adalah ‘mabahis’. Perlu diingatkan, Mubarak dilantik sebagai Presiden Mesir pun setelah presiden sebelum itu, Anwar Sadat mati ditembak dalam majlis perbarisan tentera.

    Jika begitu ceritanya, rasa aku tidak ramai anak muda yang sukakan Mubarak. Kawan-kawan Arab sekelasku boleh dikatakan semuanya benci kepada Mubarak. Tapi semuanya benci dalam hati sahaja. Pernah seorang kawan Arab sekelas menegur aku kerana membeli akhbar al-Sya’ab secara terbuka (Akhbar Parti Buruh yang pro Ikhwan yang diharamkan). ‘Nak masuk kelas ke nak masuk jel’!. Aku akur. Selepas itu, aku terpaksa membawa sebuah beg untuk membelinya. Tersenyum aku bila teringat bagaimana berhati-hatinya aku hinggakan terpaksa membungkus buku Jundullah, karya Syeikh Said Hawwa tokoh Ihkwan dan dimasukkan ke dalam baju sebelum pergi diskusi.

    Seperti Tunisia, First Lady of Egypt juga ada masalah karektur. Walaupun tidak seburuk Leila Ben Ali, tapi cukup memeluatkan. Suzanne Mubarak namanya, bapanya orang Mesir, ibunya orang British. Walaupun saban hari imejnya dibentuk positif oleh media perdana, namun bara kemeluatan masih menyala secara senyap. Ini ditambah dengan isu kemiskinan, rasuah, penggangguran dan sebagainya yang membelenggu rakyat. Bilangan mereka yang berumah di atas kubur pun dah berjuta. Itu belum dikira tentang sikap pro-Israelnya. Lihatlah bagaimana mereka boleh menutup pintu Rafah di Sinai. Regim Mubarak membantu rejim Israel membulurkan umat Gaza, yang satu akidah dengan mereka. Itu belum lagi sentuh tentang penangkapan dan pembunuhan rakyatnya sendiri sejak 30 tahun lalu.

    Bila revolusi melanda Tunisia, ternyata ia telah meniup bara hingga menyala. Bermula di Medan Tahrir, terbunuhnya Khaled Said anak muda dari Iskandariah di tangan polis Mesir, ia kini menjalar ke seluruh bandar utama. Cuma, setahu aku regim Mubarak cukup kuat. Sudah tiga dekad ia berakar. Memang hebat kalau anak muda di sana berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak. Mungkin selepas ini yang ada ‘Laisa Hosnan wa la Mubarakan’ (Tidak baik dan tidak berkat!)