Updates from June, 2011 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • linuxpro 3:24 pm on 09/06/2011 Permalink
    Tags: , , utusan malaysia   

    Artikelku dalam Utusan hari ni : MLM mesti menepati syariah 

    MLM Perlu Selari Dengan Neraca Syariah
    OLEH : NAJAHUDIN BIN LATEH

    Suatu isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan melalui neraca muamalat Islam adalah berkaitan Multi Level Marketing (MLM). Ini kerana reka bentuk MLM yang boleh pada asalnya selari dengan syariah seringkali dilencongkan hingga menjadikannya suatu yang diharamkan.

    Ironinya, pemain MLM itu sendiri sama ada syarikat atau ejen pengedar yang membentuk dan memandu sistem pengedaran mereka menjadi tidak serasi dengan hukum Islam. Hal ini boleh dikesan melalui pelan pemasaran, produk, harga, komisyen dan pelbagai elemen lain yang tidak memenuhi kontrak muamalat.

    Hakikat yang perlu diakui, MLM adalah instrumen pemasaran yang baik untuk mengedar sesuatu produk atau perkhidmatan. Ini berlaku apabila pengedar yang dilantik oleh syarikat akan membentuk rangkaian pengedar lain di bawahnya. Seterusnya mereka akan mendapat bonus, komisyen atau insentif hasil daripada jualan peribadi dan rangkaian masing-masing.

    Dari aspek kontrak muamalat, MLM biasanya melibatkan kontrak al-Bay’ (jual-beli) dan al-Ju’alah (upah). Oleh itu, sistem pemasaran ini sewajarnya menepati dengan semua syarat kontrak-kontrak tersebut seperti produk jualan hendaklah halal, wujud semasa akad dan boleh diserah kepada pembeli. Selain itu, bonus atau komisyen juga hendaklah diketahui nisbahnya, dimiliki oleh syarikat dan bukannya diambil daripada yuran keahlian downline yang ditaja oleh pengedar.

    Justeru, MLM yang patuh syariah bukannya menjalankan transaksi secara skim piramid atau money games yang menghendaki peserta baru (downline) membayar yuran dan kemudian bayaran tersebut akan diagihkan kepada pemilik skim dan upline. Objektif utama MLM mengikut syariah adalah menjual produk dan bukannya menaja downline. Keuntungannya adalah daripada keuntungan jualan produk dan bukannya kutipan yuran keahlian.

    Kadang-kadang wujud dalam sistem MLM jelmaan daripada money games yang produknya hanyalah replika duplikasi laman web yang boleh menempatkan downline yang ditaja secara automatik. Sasaran sistem tersebut adalah menaja dan menempatkan rangkaian dan bukannya untuk jualan produk.

    Walaupun kebanyakkan sistem sebegini mempunyai produk dalam halaman laman web tersebut, ia hanyalah helah dan tempelan sampingan untuk mengesahkan transaksi mereka. Ini boleh dikesan melalui jenama produk yang langsung tidak dikenali, tetapi harganya sangat tinggi dan melampau berbanding produk yang hampir-hampir sama di pasaran. Malah, kadang-kadang produk tersebut adalah beberapa buah e-book digital yang sebenarnya boleh dicari dan dimuat turun secara percuma di internet.

    Pemasaran secara MLM juga jauh daripada syariah apabila wujudnya elemen pengharaman dalam muamalat Islam seperti riba, judi, gharar (ketidakpastian) dan penipuan serta pemalsuan. Unsur penipuan sebagai contohnya boleh dilihat melalui promosi serta gambaran melampau terhadap sesuatu produk sedangkan hakikat kualitinya tidak begitu dan harganya juga jauh lebih tinggi dengan produk setaranya di pasaran.

    Kadang-kadang tipudaya melibatkan para pengedar yang ditonjolkan dengan gambar berkereta mewah seolah-oleh syarikat yang menghadiahkannya sedangkan hakikatnya syarikat hanya membayar deposit seribu dua ringgit sahaja dan bulanannya sebanyak empat lima ribu ringgit dibayar oleh pengedar itu sendiri.

    Begitu juga gharar juga boleh berlaku apabila upline memperolehi keuntungan daripada jualan downline dengan hanya duduk diam bergoyang-kaki. Segala usaha jualan dilakukan oleh downline tetapi upline memperolehi habuan jualan tersebut kerana terlibat sebagai penajanya. Begitu juga hal ini berlaku apabila jarak antara kedua-duanya terlalu jauh hingga tiada suatu usaha seperti bimbingan atau motivasi kepada rangkaian downlinenya.

    Justeru, semua perkara tersebut hendaklah dielakkan untuk menjamin rezeki yang diperolehi adalah halal dan berkat dalam pertumbuhan daging tubuh kita. Sikap berhati-hati dan memilih menurut piawai syarat perlu diutamakan daripada impian dan nafsu kekayaan melimpah-ruah.

    Oleh itu, pemain industri pemasaran ini terutamanya syarikat dan pengedar MLM hendaklah mengambil langkah-langkah berikut dalam membaiki sistem mereka supaya bertepatan dengan syariah :
    (i) Profil syarikat MLM hendaklah bersih daripada terlibat atau mempunyai saham dalam industri yang diharamkan.
    (ii) Perniagaan MLM hendaklah berasaskan kontrak muamalat Islam seperti jual beli produk atau perkhidmatan dan bukannya berbentuk skim piramid, skim cepat kaya atau money games.
    (iii) Produk atau perkhimatan yang ditawarkan adalah halal, bermanfaat dan sah di sisi syariah serta undang-undang negara.
    (iv) Upah untuk pengedar yang mencari ahli dan downline baru adalah daripada peruntukan syarikat atau suatu dana khas dan bukannya daripada yuran penyertaan mereka.
    (v) Harga jualan produk tidak terlalu mahal dan melampau hingga melebihi dua kali ganda nilai berbanding dengan harga pasaran.
    (vi) Keuntungan, komisyen atau bonus yang diperolehi hendaklah jelas ditetapkan serta daripada hasil jualan peribadi, jualan kumpulan atau bimbingan kepada downline dan bukannya daripada bayaran yuran pendaftaran atau tajaan ahli baru.
    (vii) Keuntungan dan komisyen yang diperolehi oleh upline adalah daripada downline yang dibantunya sahaja dan tidak terlalu jauh jarak antara kedua-duanya.
    (viii) Upline dan downline mempunyai hak yang sama untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi antara satu sama lain berdasarkan jualan yang dilakukan dan bukannya atas faktor siapa yang masuk dahulu sentiasa akan untung lebih tinggi.
    (ix) Upline hendaklah mengadakan pertemuan, latihan, teknik pemasaran motivasi dan bantuan kepada downline untuk melayakkannya menerima komisyen jualan orang bawahannya.
    (x) Syarikat MLM hendaklah melantik Panel Penasihat Syariah dalam organisasi mereka untuk mencadang kelulusan dan memantau setiap produk dan pelan pemasaran supaya selari dengan muamalat Islam.

    l

    Penulis ialah Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan boleh dihubungi melalui email najahudin@salam.uitm.edu.my

    Artikel penuh ini boleh dilihat di akhbar cetak Utusan Malaysia, 9 Jun 2011. Sebahagian artikel ini boleh dilayari di edisi online akhbar tersebut.

     
  • linuxpro 3:51 pm on 25/01/2011 Permalink
    Tags: buku, , jakarta   

    Jom jadi ‘Hacker’ dengan kawat kaki di Jakarta 

    Setiap tahun awal Mac aku akan berada di Jakarta. Tahun ini insya Allah tidak akan ponteng. Agendanya ‘kawat kaki’ di Islamic Book Fair selama tiga hari. Ya, setiap tahun pameran buku Islam terbesar di nusantara ini akan diadakan di Istora Senayan, bersebelah dengan gelanggang gelora Bung Karno. Seingat aku, selepas pameran buku (Ma’rath Kutub) di Kaherah, inilah pameran buku Islam yang besar. Memenuhi stadium yang berlangsung Piala Thomas itu, atas dan bawah. Tahun ini, pameran diadakan mulai 4 hingga 13 Mac 2011.

    So kalau korang memang nak cari buku yang ilmiah, murah dan informasi terkini, di situlah tempatnya. Tiga kali ganda murah dengan harga biasa di tempat kita. Jangan ingat pameran ni hanya ada buku-buku Islam saja, semua jenis buku ada. Tahun lepas, satu kotak buku yang aku borong adalah buku-buku berkaitan internet dan bisnes maya. Jangan terkejut antaranya tentang ‘How to Become a Mail Hacker’, ‘Meraup Uang Dengan Google’, ‘Meraup Uang Dengan Facebook’ dan macam-macam lagi. Walaupun aku tak aplikasi, setakat menjadi ilmu kepada kita memang berbaloi dengan harga sekitar RM 10.00 sebuah.

    Anda berminat? Boleh la tengok tiket ke Airport Soekarno-Hatta. Minggu lepas aku check masih murah lagi. Murah berbanding kalau nak naik ‘belon’ ke Sabah Sarawak. Hari tu return (pergi balik), Airasia RM 100.00, KLM RM 361.00, MAS RM530.00. Semakin lewat, semakin naik harga. Perlu segera bapak!.

     
  • linuxpro 7:23 am on 10/11/2010 Permalink  

    Cari Kaya Melalui Kuasa Internet 

    Ramai kaya melalui kuasa internet. Ramai yang cuba cari kaya di internet. Namun, ramai yang tidak berhati-hati untuk jadi kaya di internet. Kalau Melayu, pastilah Islam neraca hati-hati. Deejay radio 93.6 Ufm, Ira tanya aku, bagaimanakah bentuk proses mencari duit di internet yang dibenarkan dalam Islam? So jawapan aku,

    sebelum saya menjawab soalan tersebut, kita perlu mengetahui terdapat pelbagai cara untuk mencari duit melalui internet. Secara mudah, terdapat tiga cara untuk mencari duit di internet, iaitu (i) melalui perniagaan internet, (ii) melalui program internet, dan (iii) melalui pelaburan internet.

    Ketiga-tiganya seperti yang saya sebutkan tadi, tidak halal secara mutlak dan tidak haram secara mutlak. Namun, transaksi dalam internet menunjukkan kebiasaannya cara (i) perniagaan internet yang memenuhi syarat adalah halal, cara (ii) program internet, ada yang halal dan ada yang haram, sementara cara (iii) pelaburan internet kebanyakkannya adalah haram.

    Untuk lebih jelas kepada soalan tadi, saya suka menjelaskan beberapa bentuk urusniaga yang halal berserta contoh-contohnya dalam cara (i), iaitu dalam perniagaan internet.

    (i) Perniagaan Internet
    Secara asasnya, perniagaan internet adalah proses jual beli barang atau mengambil upah dalam internet. Perniagaan ini sebenarnya seperti perniagaan konvensional. Cuma berbeza kerana transaksi perniagaan internet berlaku secara maya. Hakikatnya, ia masih sama kerana berlaku pertukaran barang ataupun berlaku proses al-Bai (jual-beli). Begitu juga masih berlaku proses memberi dan mengambil upah perkhidmatan. Ini berlaku apabila ada sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijual atau diupah oleh satu pihak dan dibeli atau diupah oleh suatu pihak yang lain.

    Biasanya, barang yang dijual adalah dalam bentuk produk atau dalam bentuk perkhidmatan. Produk internet terbahagi kepada dua, produk digital dan produk fizikal. Contoh produk digital yang biasa dijual beli di internet adalah e-book (buku elektronik), web hosting, gambar grafik, audio kuliah, video ceramah, tutorial dan sebagainya. Produk fizikal pula adalah seperti menjual CD media, produk kesihatan, buku dan sebagainya.

    Satu lagi bentuk perniagaan internet adalah dalam bentuk perkhidmatan. Contohnya, perkhidmatan mengambil upah membina laman web, meletak iklan, mereka bentuk grafik, menaip atau menterjemah sesuatu tulisan. Semua contoh-contoh yang saya sebutkan tadi adalah halal dan sah transaksinya jika memenuhi syarat yang ditetapkan syarak dalam setiap akad urusniaga itu.

    Perniagaan internet biasanya menggunakan kontrak jual beli (al-Bay) atau upah (ujrah). Kontrak ini diharuskan dalam muamalat Islam. Walaupun begitu, setiap kontrak mesti memenuhi semua rukun dan syarat-syaratnya.

    Sebagai contoh, dalam kontrak jual beli mesti terdapat rukun-rukunnya, iaitu penjual, pembeli, barang, bayaran dan akad. Setiap rukun tersebut mempunyai syarat sahnya. Contohnya, penjual mesti memiliki atau boleh mewujudkan barangan tersebut dan boleh menyerahkannya kepada pembeli. Begitu juga antara syarat sah barang jualan mestilah sesuatu yang halal dan bukan mempunyai unsur lucah atau judi.

    Dalam jual beli internet, suatu perkara penting adalah penjual perlu memberikan maklumat berkaitan barang dengan lengkap seperti bentuk, kualiti, kuantiti dan sebagainya. Sementara itu, akad yang dilakukan di internet memadai dengan menggunakan butang persetujuan seperti butang ‘submit’ dalam borang pesanan. Justeru, jika semua syarat ini dipenuhi, sahlah urusniaga jual beli dalam internet tersebut.

     
  • linuxpro 6:12 pm on 05/11/2010 Permalink
    Tags: invest, location, lokasi hartanah, pelaburan hartanah,   

    Pelaburan hartanah : Location location location 

    Seorang sahabat tanya aku masa makan tengah hari kat Dwitasik sebelum Jumaat tadi, ‘Hang kalau beli rumah untuk invest nak beli rumah jenis mana?’ Maksud dia nak beli rumah teres ke, condo, apartment atau flat ke. Saudara aku ni nak cuba beli rumah untuk disewakan. Bagi aku semuanya itu perlu diketahui dan penting bagi seorang investor, sebab ada baik buruknya. Tak kira la rumah setinggan ke rumah banglo ke. Namun, apa yang lebih penting, aku nak ulang apa yang mentor hartanah Azizi Ali sebut, iaitu ada 3 ciri penting dalam pemilihan hartanah iaitu (1) Lokasi (2) Lokasi dan (3) Lokasi. Mudah cerita, lokasi di Bukit Bintang, Bangsar tentu terlebih baik dari Bukit Ber(tak?)untung atau kaki Gunung Jerai. ‘Mahal la bang kat tempat tu.’ Memang mahal sebab kat situ sewa dia pun mahal, penyewa pun ramai. Sewa bilik seluas tandas rumah kita pun dah boleh mencecah 1K. Kalau kat kampung aku apek beli tanah RM2.00 sekaki psg tapi kat area KLCC dah mencecah 2K sekaki psg. Padan la sebab sewa 2 bulan dia dah boleh angkat Kancil sebiji. Memang ada rumah 10K 20K di pasaran. Nak percaya, menapaklah ke Megan Avenue II tu. Masalahnya rumah begitu siapa nak sewa? Dah beli murah, pastu hairan pula sebab apa tiada penyewa! Kadang-kadang nak bagi free untuk tolong jaga rumah pun takde sapa. Nak minta bangla tolong pun dia akan kata, ‘Ala bang, saya punya rumah untuk jaga pun sudah lebih jari tangan sama itu jari kaki.’

     
  • linuxpro 9:47 am on 04/11/2010 Permalink
    Tags: affiliate marketer, clickbank, pasif income, passive income   

    Affiliate Marketer di Clickbank.. Passive Income Paling Piaww 

    Semalam ada sorang mamat sms aku tanya, ‘Apa jenis bisnes kat internet ni yang paling piawww!’ (wordingnya aku ubahsuai). Maksud dia yang paling ‘paling masuk banyak’. Spontan je aku jawab, ‘Affiliate Marketer’. ‘Sebabnya?’. Alasan aku mudah je… sebab affiliate marketer bagi aku antara pasif income yang paling mudah, murah, tak perlu modal tapi income memang power. Robert Kiyosaki tentu setuju dengan aku. ‘Camna, nak masuk yang mana?’ Dia tanya lagi. Pendek aku jawab, ‘Clickbank!’ Ya bagi aku clickbank adalah tempat fokus terbaik sebagai internet marketer. Tambah-tambah lani memang banyak lak medium pemasarannya. Tiga tahun lepas masa aku mula-mula test jadi affiliate marketer, kena buat banyak benda. Kena buat landing page sendiri kalau nak ramai clicker. Nak power lagi kena combine dengan Adwords Google. Bila guna adwords kena bayar lak kat Google. Masa tu mana orang kenal lagi dengan Mark Zuckerberg dan facebooknya. Belum famous lagi. Twitter baru beranak tahun lepas. Blog pun baru tengah naik. Kalau website affiliate Melayu aku rasa tak syok. Sebab paling power pun upah yang hampa dapat RM50.00 aje. Tapi kalau nak yang melayu gak, aku sertai banyak affiliate produk digital dan servis. Yang paling top adalah di sini, di sini dan di sini. Tapi aku kira boleh bertahan emosi dan motivasi dulu sebab aku ada website pengiklanan sendiri yang tertakhta dalam top 10 Search Google bagi keyword sepertinya. Takde orang letak iklan, aku letak iklan aku sendiri. Tapi percayalah clickbank paling berbaloi. SMS aku terakhir untuk anak muda tu, ‘Layari clickbank.com sekarang!’.

     
  • linuxpro 12:53 am on 01/11/2010 Permalink
    Tags: gemalai, ,   

    Gemalai AA2 4th Floor punya cerita.. 

    Petang tadi aku pegi ke Puncak Alam. Janji dengan sorang tuan rumah di Gemalai, AA 2. Asal janji yang set melalui mudah.my tu jam 11.00 pagi tapi aku tak dapat sebab kena join taklimat site visit sekuriti komuniti. So tukar ke jam 6 petang. Lepas asar aku dah terpacak kat tingkat 4 type tu. Mula ingat tingkat 2 sebab no.nya 04-02 rupanya kena baca yang depan no. tingkat yang belakang no. rumah. Hajat aku sebenarnya nak buat satu projek dengan apartment tu. Sembang-sembang rupanya laki orang Arau bini orang Kuala Kedah. Sabit tu cakap kat telefon keluar loghat utara aja. Kira punya kira dia boleh bagi rumah ni. Dia kata RM350. 1+1 pastu hujung bulan bayar bulanan. Congak punya congak ok gak. Kalau projek jadi boleh la dapat dalam 300 sebulan. Cuma kena keluar modal sikit la nak urus benda-benda awal ni. Masalah juga sebenarnya, satu apartment tu jauh naik ke atas bukit sana. AA2 la katakan. Satu lagi tingkat 4. Jatuh la sikit saham. Time balik tadi dok fikir-fikir gak tadi. Jadi ke tak jadi. Ikut hati, terima aje, ala Eric Chia pun mati kat tingkat 30 apartment dia. Tingkat 30 beb, takat tingkat 4 tu biasa je.

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel