Updates from February, 2011 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • linuxpro 12:57 pm on 15/02/2011 Permalink
    Tags: , , website   

    Hebahan hartanahlelong bertukar wajah mulai hari ni 

    Aku ada beberapa laman web real estate. Antaranya rumahpuncakalam.com dan hartanahlelong.com. Kedua-duanya menggunakan Opensource CMS Open Realty. Tapi, hari ni hartanahlelong.com telah bertukar wajah. Sejak petang semalam aku berazam menukar website tu ke wajah baru dalam tempoh 12 jam. Akhirnya aku berjaya. Kini hartanahlelong.com menggunakan WordPress. Kenapa pilih WP? Tiada sebab spesifik, namun WP memang handal dan open source. Lagipun aku lebih suka ringkas dan tidak semak-samun.

    Anda boleh tengok wajah terbaru dengan klik pada banner di bawah. Kalau dah klik tu, usya la mana-mana rumah subsale atau lelong. Kot-kot ada yang tersangkut. [Hot Property Alam Budiman : Perumahan bata merah British Style pun aku dah masukkan satu lot terbaru. Kalau berminat hubungi aku segera, biasanya rumah di Alam Budiman akan ada buyer dalam tempoh sebulan!]

     
  • linuxpro 11:20 am on 26/11/2010 Permalink
    Tags: cmc, joomla, opensource, phpfusion, phpnuke, template   

    CMS Website Cadangan Aku Untuk Korang Yang Berminat 

    ‘Hang guna template apa laman web hartanahlelong tu’, ada 4 orang tanya aku. ‘opensource CMS Open Reality’, aku sms bagitau. Ada sorang tu tanya ‘Opensource CMS tu natang apa?’. ‘Tanya lebai Google’!, reply pendek aku.

    Bagi aku CMS terbaik untuk bina laman web adalah Joomla!. Sebabnya Joomla! ada banyak support dan extention source untuk template, module, plugin atau componentnya. Cekap php coding lagi cantik. Boleh ubah dan share dengan orang lain. Kalau korang suka blog, yang terbaik bagi aku adalah wordpress. Blog aku ni aku guna wp. Banyak support dan widget yang menarik. Orang kita selalunya pakai blogspot. Ok juga tapi aku guna blogspot untuk web adsense saja sebab blogger.com ni kepunyaan Google. So kalau nak pasang adsense, baik guna blogspot free aje. Kalau wp free, Google memang tak bagi line punya, walaupun ada cara untuk atasinya.

    Selain OS Joomla! (seperti najahudin.com) dan wordpress (blog.najahudin.com), aku pernah guna pelbagai OS lagi. Nak belajar pun mudah sebab sekarang dah ada nota dan video youtube yang boleh membantu. OS yang familiar dengan aku sejak 2004 adalah phpnuke (smtsa.net) dan phpfusion. Kredit untuk sifu aku dalam phpnuke, sir aniep dan tuan amin. Kalau sapa-sapa minat untuk buat laman web iklan, aku guna Rapid Classified macam kat iklan-free.com. Minat web hartanah boleh guna Open Realty seperti rumahpuncakalam.com gak. Selain tu, banyak gak OS yang aku guna tapi semua webnya dah tak aktif. Antaranya untuk Online Learning (Moodle), kedai online (Oscommerce dan Zen Cart), community forum (Simplemachines – penduduk taman aku pakai yang ni di alambudiman.net). Banyak lagi OS dalam pelbagai kategori web. Boleh la pergi tengok kat opensourcecms.

    Tapi kalau malas belajar benda-benda coding aku, korang pakai aja yang free. Atau mudahnya maintain je pakai facebook tu.

     
  • linuxpro 10:14 pm on 07/11/2010 Permalink
    Tags: , , kajian, trafik rank,   

    Traffic website di Malaysia dan lebihnya Mark Zuckerberg 

    facebookTahun lepas atau lebih tepatnya 21 Jun 2009 aku pernah bentang satu paper dalam satu seminar di UiTM Sarawak bertajuk Dakwah Online dan Kajian Awal ke Arah Ensiklopedia Domainnya dalam Bahasa Melayu. Paper itu mengandungi penelitian terhadap sambutan pengunjung terhadap laman web berdasarkan kedudukan rangkingnya di Malaysia dan dunia. Analisa dibuat dengan menggunakan kemudahan laman web alexa.com, iaitu sebuah laman web analisa trafik rank sesebuah laman web.

    Bila aku melihat eleman sambutan masyarakat di Malaysia dan di dunia terhadap laman web social networking, terbukti mendapat sambutan hangat. Memang hot. Aku menulis,

    Laman web jaringan sosial, terutama yang menawarkan sistem weblog merupakan bentuk laman web yang begitu disukai oleh rakyat Malaysia. Daripada 100 laman web popular, 10 laman web jaringan sosial mengisi traffic rank utama di Malaysia seperti Jadual 1 berikut :

    Jadual 1 : Traffic Rank Laman Web Jaringan Sosial di Malaysia dan Dunia
    Bil. Web Jaringan Sosial Traffic Rank (Malaysia) Traffic Rank (Dunia)
    1. Facebook 3 4
    2. Blogger 6 8
    3. Friendster 8 91
    4. Myspace 11 11
    5. Tagged 12 93
    6. WordPress 16 21
    7. Twitter 41 19
    8. LiveJournal 50 89
    9. Multiply 85 193
    10. Ning 90 162

    Dalam paper tu juga aku menulis,

    Di Malaysia, nama domain laman web yang paling ramai dikunjungi adalah yahoo.com, kemudian diikuti dengan google.com.my (2), facebook.com (3), youtube.com (4), google.com (5), blogger.com (6), live.com (7) dan friendster.com (8). Semua laman web ini adalah daripada antarabangsa.

    Itu dulu. Semua data di atas adalah data lama. Aku ambil pada 12 Julai 2009. Semalam aku telah buat kajian semula dan terbukti laman web social networking terus mendapat sambutan. Malah, laman facebook telah berjaya merampas kedudukan laman carian yahoo! dan google sebagai pendahulu liga. Kedudukan Top 10 kini seperti berikut : (1) facebook.com, (2) google.com.my, (3) google.com, (4) yahoo.com, (5) youtube.com, (6) blogspot.com, (7) wikipedia.org, (8) live.com, (9) Maybank2u.com dan (10) Mudah.my.

    List ni sentiasa berubah. Anda boleh lihat di sini. Point aku di sini :
    (1) Search engine masih menjadi sumber pencarian maklumat dengan dikepalai oleh lebai Google, yahoo dan live.com (live.com masuk dalam senarai mungkin kerana peranan Windows yang meletakkannya sebagai defult screen komputernya);
    (2) Trend internet sudah dibudayakan dan agak membanggakan laman web tempatan sudah melonjak naik. Trend ini diwakili oleh youtube.com (video), wikipedia.com (ensklopedia), maybank2u.com (perbankan) dan mudah.my (pengiklanan) serta malaysiakini.com dan thestar.com.my (akhbar); dan
    (3) Fenomena facebook sudah menengelamkan kebanyakan social networking lain seperti blogspot (blogger.com), friendster dan myspace yang pernah menjadi idola remaja suatu ketika dulu.

    Di Malaysia kini, memiliki akaun facebook bagi anak muda adalah suatu kemestian. Tiada al-Quran di rumah tidak pelik. Tidak pernah membaca hadith tidak pelik. Tidak amal sunnah Nabi SAW tidak pelik. Tapi, pelik bin ajaib kalau anak muda kita tiada akaun facebook. Lagi pelik jika tidak pernah membaca facebook. Itulah lebihnya Mark Elliot Zuckerberg. [Nanti lain kali kita ceritakan kuasa FB dan fun pagenya yer]

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel