Updates from July, 2011 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • linuxpro 11:42 am on 25/07/2011 Permalink | Log in to leave a Comment
    Tags: ramadhan, sabah   

    Memohon slot Ramadhan untuk mudir sekolah rendah Islam Sabah 


    updated :
    4 ramadhan – tazkirah ramadhan di pejabat hicom diecasting sec 27 s.alam
    7 ramadhan – tazkirah ramadhan d masjid proton sec 27 shah alam
    11 ramadhan – tazkirah tarawikh masjid jamek raja tun uda sec 16 shah alam
    13 ramadhan – tazkirah tarawikh masjid jamek raja tun uda sec 16 shah alam
    15 ramadhan – tazkirah tarawikh d surau putra height, shah alam
    18 ramadhan – tazkirah tarawikh surau alam budiman sec10 shah alam

    salam

    - semasa sy di sabah dulu, sy n bbrapa sahabat smjung tlh mbuka sbuah rendah islam fi dhilalil quran di kota belud (paper sy bentang ttp skolah ni di seminar borneo ada kt http://www.najahudin.com/index.php?option=com_content&view=article&id=19:pusat-fi-dhilal-al-quran-dan-sumbangannya-kepada-perkembangan-pendidikan-islam-di-kota-belud-sabah&catid=22:kertas-kerja&Itemid=10 .. sekolah, makan, tempat tinggal semua percuma utk muallaf & anak yatim sabah.. tanah skolah tu wakaf drpd mualaf sabah yg peluk Islam

    - skrg sahabat2 yg masih ada di sana mbuka pula skolah rendah islam (sri al-hafiz) di kota kinabalu sejak thn lepas n menyewa di sebuah bngunan

    - minggu lps sy tlh bjumpa pengurusn skolah tu btujuan mbantu mereka kumpul dana bagi urusan membeli sebuah rumah kedai di sana bg tujuan tpt pembelajaran kekal melalui cara sedekah dan jualan skim wakaf tunai

    - antara cara pgumpulan dana adalah dgn mhantar mudirnya sendiri (dulu mualaf org sabah yg jg bekas pelajar skolah fi dhilalil quran) mlakukn kutipan n jualan wakaf dlm bulan ramadhan nanti di lembah klang n sekitar

    - sy tlh menerima amanah utk mguruskn mudir hafiz al-Quran ini di kl dlm menyusun jadual tazkirah beliau, selain urus perjalanan ke tpt tazkirah, penginapan dan sebagainya spjng ramadhan

    - justeru, sesiapa yg mnjadi ajk atau kenal dgn ajk masjid atau surau di mana-mana lokasi kampung, taman, pejabat kerajaan, swasta dll – pohon kiranya dapat MEMBERI SATU SLOT TAZKIRAH (masa tarawih, zohor, subuh dll)

    - tarikh slot boleh disampaikn kpd sy (012.931.9696) utk pyusunan jadual

    terima kasih sy ucapkan bg pihak sahabat2 Islam di sabah wpun diakui agat tlewat n jadual tazkirah biasanya dh dpenuhi
    najahudin
    012.931.9696

    =====

    resume mudir :
    USTAZ ABDUL KARIM AMPAKOT
    SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ
    2-0-16 SHOP LOT, GROUND FLOOR,
    BANDAR SIERRA PHASE 1B KM20, JALAN TUARAN MANGGATAL,
    88450 KOTA KINABALU,
    SABAH.
    Phone (Mobile) : 019-8321550

    Maklumat Peribadi :
    Umur : 27 tahun
    Tarikh Lahir : 15 mei 1984
    Warganegara : Malaysia
    Jantina : Lelaki
    Status Perkahwinan : Bujang
    IC No :840515-12-6289
    Agama : Islam
    Tempat Lahir : Nabawan, Pensiangan, Sabah

    Pendidikan dan Kelayakan :
    - SK Longongan, Pengalungan
    - SMK Nabawan
    - Pondok Fii Dzilalil Quran, Kota Belud
    - Madrasah Darul Bayan, Paka, Terengganu
    - Maahad Darul Fikri, Pahang
    - Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan (30 Juzuk)

    Sekarang :
    Guru Tahfiz
    Sekolah Rendah Islam Al Hafidz,
    Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah

    Mudir Madrasah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Al-Hafidz
    Bandar Sierra< Kota Kinabalu Sabah

    Asal Usul :
    I. Berasal dari keluarga muallaf yang miskin
    II. Ayah masuk Islam ketika berusia 15 tahun, (Ampakot bin Angayas)
    III. Datuk tidak pernah masuk Islam dan sudah meninggal dunia
    IV. Emak masuk Islam ketika berusia 15 tahun (Ginaba Binti Singga)
    V. Datuk dan nenek berasal dari agama Kristian katolik.

    surat kutipan dana di sabah 1
    surat kutipan dana di sabah 2

     
  • linuxpro 11:57 am on 04/07/2011 Permalink | Log in to leave a Comment
    Tags: , , , , sub sale   

    Siapa kata Shah Alam tiada rumah subsale bawah 40K? 

    Shah Alam, terutama di pusatnya adalah kawasan rebutan. Nilai hartanahnya cukup tinggi. PKNS baru-baru ni melancarkan unit apartment di sebelah DEMC dengan harga serendah 225K. Itu hanyalah rumah tengok langit, kalau rumah tengok bumi, landed tentu harganya melayang tingginya.

    Memang di Shah Alam ada rumah yang harganya di bawah 40K. Tapi, semuanya rumah lelong. Kawasannya pula kurang strategik. Kaki rumah lelong tentu arif dengan Subang Hijauan, Utarid Section U5 atau Desa Latania, Section 36 yang harga cukup rendah. Itu belum dikira maintenan tertunggak yang terpaksa ditanggung pembeli, biasanya memang lebih 5K. Markup pula tak boleh. Penyewa tak ada. Market value jangan cerita la. Kalau tinggi, takkan rumah tu nak dilelong serendah 30K. Ringkas cerita, rumah subsale di Shah Alam dengan 50K ke bawah pun susah, apatah lagi 40K ke bawah.

    So bila aku berjumpa dengan sebuah rumah subsale ni dengan harga di bawah 40K di kawasan value sewaan tinggi, tentu ia adventure menyeronokkan. Walaupun apartment tingkat 3, tapi lokasinya di pintu masuk Putra Height sekitar kilang seksyen 28 membuatkan aku tidak perlu memikirkan tentang sewa. Belum letak signboard sewa, penyewa sendiri yang menyapa kita. Itu belum dikira rumah tu dah ada individual title, free hold dan bukan pula rumah PKNS.

    Dari segi puas, aku sangat puas hati dapat jumpa rumah begitu. Walaupun harga dan sewanya rendah, aku lebih melihat kepada peratusan SP vs MV. Tentu anda juga begitu kan kalau rumah yang market value 65K dapat dibeli dengah harga 39K je. Sewa pula RM400 mengikut kadar biasa. Waw! Boleh tahan juga markupnye ye. Boleh dibuat deposit ‘sasaran’ seterusnya. Itu kita cerita dalam posting lain lepas ini.

    Cerita tu dah selesai awal bulan lepas. Untuk bulan ni, sekarang sebelum Ramadhan insya Allah, aku sedang mengintai lokasi terbaik untuk open table. Ya, khas untuk geng sekapal di HH.

     
  • linuxpro 12:18 pm on 27/05/2011 Permalink | Log in to leave a Comment
    Tags: android, , , samsung galaxy tab   

    Hari ni aku dapat android galaxy tab percuma 

    Aku ada beberapa research yang perlu disiapkan tahun ni. Alhamdulillah setakat tahun ni dah 2 research yang siap, ada 3 lagi sedang disiapkan. Satu yang dah siap adalah berkaitan transaksi Multi Level Marketing di internet, sama ada patuh syariah atau tidak. Semua research ada dana tajaannya. Agak menarik research MLM tu dananya boleh digunakan untuk membeli laptop. Setelah tilik-menilik, aku nak cari android, akhirnya aku orderlah samsung galaxy tab (tablet yang masuk kategori laptop). Nak tunggu Sony PS lambat. Setelah dua bulan proses, akhirnya tablet tu sampai kat aku pagi tadi. Nak beli sendiri tak dapat. Lani dok godek-godek la apa yang patut. Percuma beb.

     
  • linuxpro 10:08 am on 27/05/2011 Permalink | Log in to leave a Comment
    Tags: semiotik, tanda gambar, tukartiub   

    Memahami ilmu semiotik, jurufoto pun tak tahu baik bakar je DSLR Nikon D90 anda! 

    Semiotik adalah ilmu mengkaji tanda dan makna. Paling mudah melalui imej. Ilmu ini aku ketahui daripada TT melalui blognya, salah satu dari tiga blog yang mesti aku layari setiap hari. Semiotiknya tentang ‘kang kong’ sebelum ini agak tertarik. Kalau anda belum biasakan diri dengan ilmu ini, hari ini TT ada menunjukkan contoh, imej pasca tragedi tanah runtuh di madrasah anak yatim.

    sumber asal
    mesej aku adalah tentang ilmu semiotik, bukan untuk merujuk atau blame sapa-sapa. [Pastikan anda tidak terpengaruh dengan contentnya yang agak kurang baik]

     
  • linuxpro 12:39 pm on 25/05/2011 Permalink | Log in to leave a Comment
    Tags: Barcelona, Kedah, Liga Juara, Liverpool, Manchester-United   

    Pra-Champions League MU vs Barca : Kisah aku dulu-dulu 

    28hb ni berlaku pertarungan dua gergasi bola dunia Eropah. Piala Liga Juara-juara. Manchester United vs Barcelona. Dua-dua bekas penjajah kita, baru-baru ni juara lagi, satu di England, satu lagi di Sepanyol. Fanclub dua-dua cukup ramai. Aku tak tahu Restoran Hakim, Seksyen 7 nak bagi line kat fc mana nanti.

    Bila tengok kegilaan peminat sudah semakin hampir, aku teringat pula zaman dulu-dulu. Cerita tentang bola, yang dulunya hanya warna tompok hitam putih. Sejak sebelum sekolah, aku cukup minat menonton bola. Sampai sekarang masih minat, main tak pandai. Tengok boleh, sepak belum tentu kena bola. Aku masih ingat dulu-dulu masa kecil aku tengok bola Inggeris di TV hitam putih. TV di rumah jiran yang boleh buka macam almari. Rumah aku dan rumah jiran-jiran yang lain takdak TV masa tu. TV lak siap sambung dengan bateri cas.

    Bila masuk sekolah rendah, minat terhadap bola agak tinggi. Kalau di kampung memang aku adalah striker utama (Posisi rehat dan ‘curi ayam’? hehe). Dengan riaknya aku pernah wakili sekolah rendah jadi johan daerah Kubang Pasu masa tu. Posisi aku tak lain tak bukan di bangku simpananan. Hehe. Bila sentuh bab pasukan bola, kuasa media telah menjadikan Liga Inggeris sebagai fokus. Jadi masa tu aku hanya kenal dengan pasukan tu je. Lagi pun di sekolah aku memang dah dikenalkan dengan lagu London Bridge.

    Pasukan pilihan aku masa tu adalah Liverpool. Setiap tahun jadi juara liga. MU masa tu pegang kad no. 2 aja. Chelsea jangan cakap la. Penghuni tetap tangga bawah Premier League, selalu satu kapal dengan QPR dan West Ham, selalu naik turun divisyen. Sejarah bagi fanatik The Blues yang perlu diketahui.

    Pemain Liverpool yang aku cukup minat adalah Ian Rush, penyerang asal Wales. Walaupun aku juga minat Captain Marvel MU, Bryan Robson tapi sebagai penyerang, tentu aku lebih minat Rush berbanding midfield MU tu. Bila aku masuk sekolah menengah, Rush berpindah ke Juventus. Jadi aku pun berpindah team. Tidak lain tidak bukan tentunya pasukan Red Devils.

    Malah, baju bola pertama yang aku beli adalah jersi MU. Cap Sadao sempadan Siam. Masa tu di tingkatan 2. Cukup hebat la time tu kalau pakai jersi Sharp depa. Liverpool kemudiannya terus lenyap dalam senarai pasukan aku. Masa tu aku ambil SPM. Sebabnya, The Reds time tu terima sponsor Carlsberg, syarikat arak. Sebelum tu pakai jersi Crown Paints dan kemudiannya Candy. Bila dah babit arak ni, takkan aku nak beli dan promosi benda haram kot. Jadi sanoyara untuk The Reds, sampailah hari ni. Bila sambung belajar, aku jadi peminat team Zamalek. Musuh ketatnya Ahly dan Hossam Hassan. Bab bola tok Arab ni kita sembang lain kali.

    Kebetulannya masa Rush tinggalkan Liverpool, time tu tahun 1987, pasukan Kedah dalam Piala Malaysia mulai tengah naik. Aku terus masuk geng ‘Tok Moh’ di Stadium Darulaman. Seingat aku masuk final empat tahun berturut-turut 1987-1990. Tiga kali kalah dengan K.Lumpur, tapi tahun keempat, 1990 dapat gak julang piala. Orang bandar lawan orang kampung. Pengalaman mengalahkan semangat. Kata-kata itu menyebabkan Hasbullah Awang dimeluati penyokong Hijau Kuning, termasuk aku masa tu.

    Bila ingat semangat Pulun Kedah Pulun masa tu, ada gak cerita yang kekal ingat sampai hari ni. Kisahnya, aku dulu ada sedikit nakal (sedikit je?). Masa tu aku tinggal di asrama. Aku jarang langgar peraturan asrama (betui ka?), tapi bab bola tak boleh tahan. Setiap malam Ahad kalau ada pertandingan di Stadium Darulaman, aku mesti keluar. Panjat pagar, termasuk pagar stadium. Masa tu stadium tu bukan macam sekarang. Dulu ada lubang masuknya. Aku antara yang tahu. Jadi Pak Syed, bos stadium masa tu memang tak pernah dapat pegang duit tiket aku.

    Satu malam tu, aku keluar dengan 2 kawan. Bila balik, Subuhnya kawan-kawan lain dah sound, semalam ada ‘spotcheck’ dan kami tiga orang memang dah masuk senarai warden. Esoknya, kami dipanggil. Biasa la orang jujur, kami mengaku keluar tanpa izin. Apalagi, selang lima minit kemudian, kami disuruh tok tampi 100 kali. Sapa yang berhenti kena rotan. Selesai tok tampi kena pula cabut rumput sampai habis waktu sekolah. Time orang balik sekolah, semua tengok kami. Malu. Tu takpa lagi, yang teruknya mulai Subuh pagi esoknya aku terpaksa solat duduk. Kaki kejang dua hari.

    Tapi aku tak kisah sangat sebab kerana sokongan kami, pasukan Kedah menjulang Piala Malaysia juga akhirnya. Kira Kenari kuat lani sebab sokongan kami dulu la. Hehe. Kalau hampa kenal dengan Yet, Kapten Kagat di MINDEF dan Azian, yang sekarang imam Masjid Falah, USJ 9, pergi tanya depa. Aku tak pasti depa sokong MU ke Barca. Aku tak pasti depa pi tak Wembley Sabtu ni.