Bila hutangnya 3 kali ganda dalam upacara lelong..

Sebelum ni aku dah sebut pentingnya lokasi lokasi lokasi dalam pemilihan pelaburan hartanah. Semua ni wirid tokoh-tokoh hartanah kita. Tapi tidak semua lokasi yang baik bermakna hartanah itu juga baik dan berbaloi. Hartanah lelong umpamanya. Kena berhati-hati. Ceritanya Isnin lepas ada lelongan di Tan Corp. Aku tertarik dengan satu shoplot. Harganya 9K lebih aja, lelong kali kedua. Lokasi memang power, Jalan Ipoh KL lagi. Atas kompleks membeli-belah. Atas kompleks tu lak ada apartment lebih 10 tingkat yang sewanya aja dah lebih 1K. Freehold. Shoplot tu kecik aja, 80 sq. ft. Kecil pun kalau kalau setakat gunting rambut urut kepala atau buat ruang urut kaki memang lepas. Setakat sewa RM 500 tu memang tak cukup borang sewa! Itu teori aja. Praktikalnya mungkin lain. Sebab hartanah lelong ni dia ada hukum hakam sendiri. Hukumnya bukan macam beli dengan pemaju atau sub-sale. Hukum hartanah lelong antaranya kena buat ‘site visit’ dan buat anggaran harga mampu pergi setelah ditolak segala ‘kerugian’ yang ada.

So Ahad lepas aku ada masa free. Menapak la pergi tengok shoplot tu. Dalam hujan-hujan, aku sampai di sana. Plan awal nak tengok berapa kos maintenance kompleks dan apartment situ. Nasib aku baik, bukan setakat dapat tengok jumlah maintenance bulanan yang kena bayar, tapi aku dapat tengok jumlah maintenance tertunggak untuk semua lot kedai dan apartment yang ada. Meneliti list yang ada RM ribu-ribu gak dan bila sampai kat shoplot yang aku sasar tu terkejut la aku. Mak oiiii hutang dia lebih 20K. Tiga kali ganda reserve price ni. Aku tak berhenti. Misi kedua diteruskan, nak tengok sendiri camna lot kedai tu. So lift kompleks tu aku panjat. Camna rupa shoplot di kompleks tu? Nanti aku sambung. Nak solat dulu.