Bila Amr Moussa berada di Medan Tahrir Jumaat lepas

Amru Musa, mat salleh panggil Amr Moussa. Namanya dibesar-besarkan oleh media barat kerana hadir dalam demontrasi di Medan Tahrir Jumaat lepas. Mungkin setelah gagal mengangkat Mohamed ElBaradei, media kini cuba pula mengangkat bekas Setiausaha Agung Liga Arab ini. Tapi mungkin anda tidak tahu, Amr Moussa ni lebih kurang macam Mubarak. Malah, dialah Menteri Luar Mesir kerajaan Mubarak 1991 – 2001. Mungkin orang dah lupa, tapi aku tidak lupa.. dialah kepala kepada Bill Clinton yang menganjurkan persidangan Sharm al-Syeikh Julai 2000 (1996 kali pertama di tempat yang sama) antara Presiden Palestin, Yasir Arafat dengan Presiden Israel, Ehud Barak. Perjanjian pelan damai persis resolusi Camp David 1978 ini telah menyebabkan ramai pemimpin Hamas Palestin ditangkap dan dibunuh hingga lahirnya Intifadhah Kedua hujung 2000. Amr Moussa adalah klon laki Suzanne Mubarak yang cuba berada di Tahrir Jumaat lepas. Tidak pelik kalau Mubarak yang menghantarnya. Media barat hanya menunggu untuk menjulangnya sebagai hero. Ya, hero terakhir menyelamatkan Mubarak dan regimnya.

Baik Amr Moussa atau ElBaradei, kedua-duanya baik sikit daripada Naib Presiden Mesir yang baru dilantik Mubarak minggu lepas hasil syor Obama, Omar Suleiman, bekas ketua mabahis (SB) Mubarak dan dikatakan agen CIA kerana pernah mengikuti latihan biro Amerika itu.