Antara 2 rumah ni, hampa nak pilih yang mana?

Beberapa minggu lepas aku ‘tersangkut’ dengan dua buat flat. Kos rendah je tapi baik untuk cash flow. Itu cerita dulu. Sekarang semua urusan hutang dan pembelian hampir selesai. Sebelum beli, aku dilanda kecelaruan fikrah memilih antara dua flat ni. Dua-dua nak, tapi aku nak pilih satu saja dulu. Aku SMS tanya pada otai-otai hartanah yang aku kenal, termasuk sifu, tuanbri dan abangensem. Tanya depa nak pilih yang mana. Aku tulis :
‘Kalu dberi pilihn nk yg mana :
1. sec 28 devpr rm39k t.3 (topper) mv 55k (yang sebenarnya 65k) sewa 350 (yang sebenarnya 400) indv title FH.
2. sec 20 pkns rm50k t.3 (drpd 4) mv 70k (yang sebenarnya 65k) sewa 450 (yang sebenarnya 500) mastr title LH.’

Pendapat otai-otai aku kira gak dalam pilihan aku. So, kalu hampa betul-betul otai hartanah gak, hampa nak pilih yang mana? Agak-agak aku pilih yang mana?