30 Panduan Membeli Hartanah Rumah Lelong

Panduan Membeli Rumah Lelong

Oleh : Najahudin Lateh
Pembida Hartanah Lelong

Panduan Sebelum Acara Lelong
1. Mencari dan mengenal pasti hartanah lelong yang dikehendaki mengikut kemampuan (Lihat sumber hartanah lelong di bawah).
2. Mendapatkan, membaca dan memahami Proclamation of Sale (POS)/ Pengisytiharan Jualan and Condition of Sale (COS)/ Syarat-syarat Jualan rumah lelong tersebut seperti tarikh, masa dan tempat lelongan, alamat hartanah, sekatan (seperti rumah low cost), deposit, tempoh bayaran penuh, peguam bank, pembayaran tunggakan maintenen, utiliti dan sebagainya.
3. Memeriksa sendiri keadaan rumah lelong tersebut dengan masuk ke dalam rumah jika dibenarkan.
4. Menyemak segala hutang/outstanding rumah tersebut seperti hutang dengan pemaju, bil air, elektrik, perbentungan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.
5. Membuat semakan dengan pihak bank jika ingin mendapatkan pembiayaan bank bagi hartanah tersebut.
6. Memeriksa pemaju perumahan asal serta carian di pejabat tanah untuk mengetahui tentang hakmilik, syarat-syarat nyata atau sekatan-sekatan kepentingan (kaveat).
7. Menyemak harga pasaran hartanah lelong tersebut sebagai panduan harga target anda.
8. Mengediakan bank draf mengikut nilai yang disebutkan dalam POS, biasanya atas nama bank yang melelong sebanyak 5% atau 10% daripada harga rezab.
9. Menetapkan harga target tertinggi anda mengikut kemampuan dan jangan sekali-kali melebihi harga pasaran.
10. Membuat semakan terakhir dengan menghubungi pelelong sehari sebelum hari lelongan sama ada call off (dibatalkan) lelongan hartanah tersebut atau tidak.

Panduan Semasa Acara Lelong
1. Datang awal sekurang-kurangnya 30 jam sebelum acara lelong bermula dengan doa kejayaan anda.
2. Terus daftar di kaunter dengan mengisi borang dan memberikan kad pengenalan serta bank draf.
3. Pastikan anda mendapat pedal yang mengandungi no bidder anda yang digunakan untuk mengangkat nanti.
4. Tidak berbual-bual dengan sesiapa yang tidak dikenali yang biasanya adalah ‘ulat lelong’ yang sentiasa menunggu untuk memerangkap anda melalui perbualan.
5. Hadir ke bilik lelongan dengan pedal dan memahami syarat-syarat bidaan yang diterangkan oleh pelelong.
6. Menunggu hingga tiba lot hartanah lelong anda dan meneliti berapakan bilangan pembida untuk lot tersebut (digunakan untuk teknik mengangkat pedal nanti)
7. Bidaan dimulakan dengan harga rezab dan setiap bidaan biasanya adalah dalam gandaan RM1,000 dan boleh bertambah jika melibatkan harga hartanah yang tinggi atau mengikut kemahuan pelelong.
8. Anda mengangkat pedal setingginya untuk setiap harga bidaan anda dan janganlah mengangkat lebih daripada harga target.
9. Jangan sekali-kali menjadikan emosi dan pengaruh bilik lelongan untuk anda bertindak melulu seperti nak bersaing dengan orang lain.
10. Hartanah lelong dianggap telah terjual apabila ketukan hammer yang ketiga dan keputusan pelelong adalah muktamad.

Persediaan Selepas Acara Lelong
1. Jika anda MENANG!, sila terus ke kaunter pendaftaran untuk menandatangani kertas kontrak (hartanah lelong akan diberi dalam bentuk kontrak dan bukannya Sale & Purchage seperti rumah lain)
2. Sila jelaskan RM50.00 duit duti setem dan semua baki deposit 5% atau 10% jika harga belian melebihi harga rezab secara cash atau kad kredit (menggunakan kad kredit akan dikenakan caj mengikut POS) kepada pelelong.
3. Pastikan anda mendapat salinan kontrak (tanpa stamping) dan semua resit rasmi berkaitan.
4. Pulanglah dengan ceria dan bersyukur atas nikmatNya yang memberikan hartanah tersebut kepada anda.
5. JANGAN LUPA!, sila dapatkan kontrak yang telah dimati setem, biasanya selepas tiga hari kemudian di pejabat pelelong atau di mana-mana tempat yang ditetapkan pelelong
6. Jika anda KALAH!, sila terus ke kaunter pendaftaran untuk menyerahkan pedal dan mendapatkan semua kad pengenalan serta bank draf anda (tiada caj/bayaran dikenakan)
7. Pulanglah dengan ceria dan bersyukur dengan takdirNya yang mungkin mahu memberikan hartanah yang lebih baik kepada anda dalam lelongan seterusnya.
8. Jika anda ingin mengambil loan, sila submit semua dokumen termasuklah salinan kontrak hartanah lelong dengan segera kepada pihak bank dan lawyer.
9. Baki harga jualan hendaklah diselesaikan dalam tempoh 90 atau 120 hari seperti disebutkan dalam POS dan COS.
10. Ingatlah rumah dijual dalam keadaan ‘sedia ada’, justeru bank atau pelelong tidak menyediakan apa-apa kunci kepada anda.

p/s Jika anda tidak mahu untuk membida sendiri, saya menyediakan perkhidmatan untuk membida bagi pihak anda. Sila dapatkan hartanah lelong yang dikehendaki dan terus hubungi saya 0129319696 email najahudin@yahoo.com

Najahudin Lateh
11 Julai 2010

http://www.najahudin.com


 

Sumber Hartanah Lelong
1. Laman web atau brosur di bank-bank pelelong seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, MBSB dll.

2. Laman web atau brosur pelelong-pelelong berlesen seperti Ng Chan Mau, Ehsan, Tan Corp, Public Auction House dll.
3. Mahkamah untuk hartanah lelongan mahkamah.
4. Pejabat Tanah dan Daerah untuk hartanah lelongan PTD.